GAZA – Sekurang-kurangnya lapan orang awam Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera pada Khamis dalam serangan udara Israel yang menyasarkan beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, termasuk Al-Mawasi di Rafah, Beit Lahia, Deir al-Balah, dan Khan Yunis.
Sumber tempatan melaporkan tiga orang awam terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan dron Israel yang menyasarkan petani di kawasan Al-Mawasi di barat bandar Rafah.
Tiga lagi orang awam terbunuh dalam serangan Israel di pekan Beit Lahia di utara Semenanjung, manakala seorang budak perempuan meninggal dunia akibat kecederaannya di Khan Yunis di selatan.
Seorang lagi orang awam turut terbunuh dalam serangan dron Israel yang menyasarkan kawasan Al-Manara, tenggara Khan Yunis.
Di tengah Gaza, beberapa orang awam cedera dalam serangan udara Israel yang melanda sebuah rumah di timur bandar Deir al-Balah.
WAFA