Wanita cedera kenderaan jatuh gaung 60 meter

TUARAN — Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipandu terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter berhampiran Kampung Minangkob, Tamparuli di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang menyebabkan mangsa, 22, yang memandu pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax tercedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.09 petang sebelum lapan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital Tuaran menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

BH ONLINE