WASHINGTON – Universiti Harvard berkata pada Isnin, ia memfailkan saman persekutuan terhadap pembekuan pembiayaan pentadbiran Trump, menyifatkan tindakan itu “melanggar undang-undang dan di luar kuasa kerajaan”.
Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Massachusetts, universiti itu berkata bahawa kes ini melibatkan “usaha kerajaan untuk menggunakan penahanan pembiayaan persekutuan sebagai leverage untuk mendapatkan kawalan dalam membuat keputusan akademik di Harvard.”
XINHUA