Serangan udara baru AS ke atas Saada Yaman membunuh 1

SANAA – Seorang wanita terbunuh dan seorang lelaki cedera lewat malam Jumaat apabila serangan udara AS melanda sebuah rumah di wilayah Saada utara Yaman, menurut TV al-Masirah dikendalikan Houthi.

Serangan itu menyasarkan sebuah rumah di daerah Sahar, dan televisyen Houthi melaporkan sejumlah 32 serangan udara AS melanda beberapa lokasi di seluruh utara Yaman sepanjang hari.

Tiada kemalangan jiwa tambahan dilaporkan.

Ketegangan antara kumpulan Houthi dan tentera AS meningkat dengan mendadak sejak Washington meneruskan serangan udara ke atas kedudukan Houthi di Yaman pada 15 Mac. Serangan itu bertujuan untuk menghalang Houthi daripada menyasarkan perkapalan Israel dan antarabangsa di Laut Merah dan Arab.

Pada Jumaat, kumpulan Houthi mendakwa pesawat pejuang AS telah melakukan lebih 1,200 serangan udara ke atas Yaman sejak pertengahan Mac, menyebabkan ratusan orang awam terkorban dan kerosakan besar pada infrastruktur.

XINHUA