YAOUNDE – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas banduan cuba melarikan diri dari penjara di Chad, menurut sumber tempatan dan laporan media pada Sabtu.
Kejadian berlaku pada jam 9 malam waktu tempatan Jumaat di Penjara Mongo di tengah Chad.
Sumber di dalam penjara berkata senjata telah diseludup ke dalam penjara semasa protes terhadap keadaan buruk di kemudahan itu. Banduan kemudiannya merebut peluang itu dan keluar dari penjara untuk melarikan diri.
Empat banduan terbunuh, dan beberapa pengawal penjara cedera, sumber keselamatan dipetik media tempatan sebagai berkata.
Lebih 130 banduan berjaya melarikan diri, menurut angka terbaru dilaporkan media tempatan.
XINHUA