
BANGKOK – Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dimasukkan ke hospital kerana demam panas selepas pulang dari lawatan dua hari ke Kemboja, kata seorang pegawai kerajaan pada Jumaat.
Tidak lama selepas pulang dari Kemboja, dia mula mengalami simptom dan pergi berjumpa doktor pada petang Khamis apabila demamnya semakin teruk, kata jurucakap kerajaan Jirayu Houngsub.
Dia dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian dan akan menjalani ujian tambahan, katanya, sambil menambah mesyuaratnya untuk Jumaat telah ditangguhkan.
Dia sepatutnya bertemu dengan firma e-dagang Singapura Sea Limited, bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair dan jawatankuasa dasar polis, kata kerajaan.
REUTERS