Pelancong China maut dalam perlanggaran jet ski di Thailand

BEIJING — Seorang pelancong China maut dan seorang lagi cedera selepas jet ski mereka berlanggar di pulau Phuket, Thailand pada Selasa, lapor CCTV penyiar negara China, memetik kedutaan China di Thailand.

Punca kejadian sedang disiasat, kata CCTV.

Ini menandakan insiden kedua membabitkan pelancong China dekat Phuket dalam masa dua hari sahaja.

Thailand ialah destinasi popular untuk pelancong China yang akan melancong semasa cuti Tahun Baru Imlek yang akan datang.

Pada Isnin, sebuah katamaran yang membawa 33 warga China dan 5 anak kapal terbalik di luar pantai pulau Koh Racha di utara Phuket, lapor CCTV.

Semua penumpang diselamatkan tanpa kemalangan jiwa, kata laporan itu.

Tahun lalu, pelancong China merupakan kumpulan terbesar pelawat ke Thailand, dengan 6.7 juta kunjungan ke negara Asia Tenggara itu.

AN-REUTERS