ISLAMABAD, 10 Mei – Ruang udara Pakistan akan kekal ditutup untuk semua jenis penerbangan sehingga jam 12:00 tengah hari (0700 GMT) pada 11 Mei, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan mengumumkan pada Sabtu.
Ruang udara itu pada mulanya ditutup sekitar jam 3:15 pagi pada Sabtu (GMT 2215 Jumaat) dan dijadualkan dibuka semula pada waktu tengah hari Sabtu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa melanjutkan penutupan itu dalam satu kenyataan baharu yang dikeluarkan sejurus sebelum tarikh akhir.
Keputusan itu diambil memandangkan keadaan keselamatan semasa, walaupun tiada butiran khusus diberikan dalam pengumuman rasmi.
Penggantungan itu menjejaskan penerbangan domestik dan antarabangsa, dengan syarikat penerbangan dinasihatkan untuk membuat pelarasan jadual yang diperlukan.
Pihak berkuasa berkata keadaan sedang dipantau rapi dan kemas kini lanjut akan dikeluarkan mengikut keperluan.
Penutupan itu dibuat di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin meningkat selepas Pakistan melancarkan operasi ketenteraan sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu India ke atas pangkalan tentera udaranya.
XINHUA