Oscar Piastri dari McLaren menang Grand Prix Miami

Pemandu McLaren Oscar Piastri dari Australia berdiri di atas keretanya selepas memenangi perlumbaan kereta Formula Satu Grand Prix Miami pada Ahad, 4 Mei 2025, di Miami Gardens, Florida. AP

MIAMI GARDENS, AS – Oscar Piastri meraih kemenangan keempatnya dalam enam perlumbaan dengan kemenangan di Grand Prix Miami pada Ahad ketika McLaren memperoleh posisi satu-dua di atas podium.

Piastri dari Australia menamatkan 4.6 saat di hadapan rakan sepasukan dari Britain, Lando Norris dengan George Russell dari Mercedes menduduki tempat ketiga.

AN-AFP