NATO lancar rondaan Laut Baltik selepas syak sabotaj kabel

HELSINKI — Perikatan tentera NATO pada Selasa berkata ia akan melancarkan misi pemantauan Laut Baltik berikutan disyaki sabotaj kabel dasar laut dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Beberapa kabel telekomunikasi dan kuasa telah diputuskan dengan pakar dan ahli politik menuduh Rusia mendalangi perang hibrid menentang Barat ketika kedua-dua pihak bertikai soal Ukraine.

Misi “Baltic Sentry” akan melibatkan “kapal frigat dan pesawat peronda maritim” antara aset lain, kata ketua NATO Mark Rutte pada mesyuarat serantau di ibu negara Finland, Helsinki pada Selasa.

AN-AFP