HONG KONG – Kemalangan bas di Lebuhraya Kowloon Barat kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Khamis menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang cedera, dengan empat dalam keadaan serius.
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian yang membabitkan bas berkenaan bertembung dengan penghadang di tepi jalan.
Bas itu dalam perjalanan ke lapangan terbang apabila ia kemalangan, mengakibatkan cermin depan pecah dan kesan darah pada kenderaan.
XINHUA