Mikheil Kavelashvili angkat sumpah sebagai presiden Georgia

TBILISI — Mikheil Kavelashvili mengangkat sumpah sebagai presiden keenam Georgia dalam satu majlis di bangunan Parlimen pada Ahad, lapor Interpressnews.

Antara mereka menghadiri perasmian itu ialah anggota penting kerajaan dan keluarga Kavelashvili, lapor agensi berita itu.

Dalam ucapan perasmiannya, Kavelashvili menyerlahkan daya tahan negara Georgia, dengan berkata, “rakyat kita mencipta negara, dan yang paling penting, idea abadi yang dipanggil tanah air – idea inilah yang sentiasa dilindungi dan dipertahankan oleh negara Georgia”.

Beliau menekankan keperluan perpaduan dan nilai yang berakar umbi dalam keluarga dan tradisi, yang menurutnya penting untuk kekuatan negara.

“Berabad-abad perjuangan telah membentuk watak rakyat kita. Perpaduan, saling menghormati, dan cinta kepada tanah air mentakrifkan kita sebagai sebuah negara,” kata Kavelashvili.

Kavelashvili, 53, telah dipilih pada 14 Disember oleh Kolej Pilihan Raya Presiden untuk tempoh lima tahun. Pada Oktober, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen buat kali ketiga.

XINHUA