ATHENS – Seorang wanita berusia 38 tahun terbunuh selepas satu letupan di Thessaloniki, bandar di utara Greece awal Sabtu, kata pegawai polis, sambil menambah bahawa siasatan jenayah sedang dijalankan.
“Nampaknya dia membawa bahan letupan dan merancang untuk meletakkannya di ATM bank,” kata seorang pegawai kanan polis kepada Reuters.
“Sesuatu yang tidak kena dan meletup di tangannya,” tambah pegawai itu.
REUTERS