Lelaki maut selepas ditikam di tenggara Melbourne

SYDNEY – Seorang lelaki maut selepas ditikam semasa pergaduhan di Melbourne, Australia.

Polis berkata, pegawai telah dipanggil untuk laporan mengenai tikaman semasa pertengkaran di daerah hiburan malam yang popular di Prahran, 5 km tenggara pusat Melbourne, kira-kira 1:30 pagi Ahad.

Mangsa tikam, seorang lelaki yang belum dikenal pasti secara rasmi, dibawa ke hospital oleh perkhidmatan kecemasan dan kemudian meninggal dunia di sana.

Kenyataan polis mengatakan tiada tangkapan dibuat, dan detektif dari skuad pembunuhan sedang menyiasat kejadian itu.

Media tempatan melaporkan mangsa berusia dalam lingkungan 20-an.

Gambar dari tempat kejadian diterbitkan oleh akhbar News Corp Australia menunjukkan jalan besar dikepung pita polis manakala penyiasat forensik memeriksa pakaian berdarah dan kenderaan berdekatan.

XINHUA