Lelaki ditahan di Osaka Jepun kerana cuba pandu kereta ke arah kanak-kanak

TOKYO – Seorang lelaki ditahan di bandar Osaka di barat Jepun kerana disyaki cubaan membunuh selepas dia didakwa merempuh dengan keretanya dengan sengaja terhadap tujuh murid sekolah pada Khamis, kata media tempatan.

Lebih kurang jam 1.30 petang waktu tempatan, kanak-kanak yang dalam perjalanan pulang dari sekolah rendah di Nishinari Ward, Osaka, telah dilanggar oleh kereta dekat sekolah itu. Mereka cedera dan dikejarkan ke hospital, tetapi ketujuh-tujuh mereka dilaporkan masih dalam keadaan sedar, kata penyiar awam NHK.

Polis berkata, suspek berusia 28 tahun, Yuki Yazawa dari bandar Higashimurayama, mengakui dakwaan itu.

Suspek memberitahu penyiasat bahawa dia “muak dengan segala-galanya,” jadi dia merempuh dengan kereta ke dalam kumpulan kanak-kanak itu dalam cubaan untuk membunuh mereka, kata laporan itu.

XINHUA