DOHA — Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari mengesahkan pada Ahad, gencatan senjata Gaza bermula secara rasmi apabila senarai tiga tebusan yang akan dibebaskan telah diserahkan kepada Israel.
“Mengenai laporan bila gencatan senjata akan bermula di Gaza, kami mengesahkan bahawa nama 3 tebusan yang akan dibebaskan hari ini telah diserahkan kepada pihak Israel. Mereka adalah tiga warganegara Israel, seorang daripadanya kerakyatan Romania dan seorang lagi kerakyatan British, dan dengan itu gencatan senjata bermula,” kata Al-Ansari dalam catatan di X.
Sehari sebelumnya, Al-Ansari mengumumkan gencatan senjata Gaza akan dimulakan pada Ahad, 19 Januari, jam 8:30 pagi waktu tempatan (0630 GMT) di Gaza.
Israel dan Hamas pada Rabu bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata Gaza untuk tebusan selepas pengantaraan intensif oleh Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
XINHUA