DHAKA – Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kebakaran dahsyat di sebuah hotel di ibu negara Bangladesh, Dhaka pada Isnin.
Talha Bin Jashim, pemangku jurucakap Sel Media Perkhidmatan Bomba, memberitahu wartawan bahawa kebakaran berlaku di tingkat satu bangunan enam tingkat itu pada 12:31 tengah hari waktu tempatan.
Dia berkata beberapa unit bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira jam 1.04 tengah hari waktu tempatan.
Menurut pegawai itu, tetamu dan kakitangan hotel yang panik cuba melarikan diri tetapi terperangkap di dalam bilik.
Dia berkata satu daripada mayat ditemui dari bilik air di tingkat dua dan tiga lagi ditemui dari tingkat lima, dekat tangga menuju ke bumbung.
Kebanyakan mangsa mati akibat sesak nafas apabila kepulan asap tebal tidak disedari, katanya.
XINHUA