TOKYO, 14 Mei – Sebuah jet latihan T-4 Pasukan Pertahanan Udara Jepun (JASDF) terhempas ke dalam kolam di Wilayah Aichi pada Rabu, menyebabkan dua kru hilang.
T-4 berlepas dari Pangkalan Udara Komaki pada jam 3:06 petang waktu tempatan dan hilang daripada radar sekitar jam 3:08 petang, timur laut pangkalan itu, lapor penyiar kebangsaan NHK.
Jabatan bomba tempatan melaporkan menerima panggilan kecemasan yang menyatakan objek seperti pesawat terhempas ke dalam kolam di kawasan itu.
Bahagian daripada pesawat itu ditemui di sekitar Kolam Iruka, tetapi setakat jam 8 malam, dua kru yang berada di dalamnya masih belum ditemui. Tiada kecederaan dilaporkan di kawasan sekitar.
Tumpahan minyak diperhatikan di sebelah utara Kolam Iruka, dan Pasukan Pertahanan Diri dan polis meneruskan pencarian mereka untuk dua kru terbabit sambil menyiasat perincian kejadian.
XINHUA