Jemaah maut ditikam di masjid Perancis

PARIS – Seorang jemaah mati ditikam pada Jumaat oleh jemaah lain di dalam sebuah masjid di pekan La Grand- Combe, selatan Perancis, lapor akhbar tempatan, memetik sumber kehakiman.

Kejadian berlaku pada pagi Jumaat apabila hanya terdapat dua orang di dalam masjid iaitu mangsa dan penyerang. Penyerang menikam mangsa sebelum melarikan diri.
Sekitar tengah hari, jemaah lain menemui tempat kejadian, menurut laporan oleh laman web berita tempatan Objectif Gard.

Identiti mangsa masih belum diketahui, dan polis sedang giat mencari suspek. Pejabat pendakwa raya telah membuka siasatan pembunuhan, lapor saluran berita Perancis BFMTV.

XINHUA