Israel longgar akses bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak cukup, Menteri Luar Perancis

PARIS, 20 Mei – Pelonggaran akses bantuan kemanusiaan Israel ke Gaza tidak mencukupi, kata Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot pada Selasa.

“Ia sama sekali tidak mencukupi… Bantuan segera dan besar-besaran diperlukan,” kata Barrot kepada radio France Inter.

Dia berkata Israel perlu memastikan bantuan besar-besaran dan segera tanpa sebarang halangan oleh Israel.

Pemimpin Britain, Kanada dan Perancis pada Isnin mengancam sekatan terhadap Israel jika ia tidak menghentikan serangan ketenteraan yang diperbaharui di Gaza dan menarik balik sekatan bantuan, menambah tekanan kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

REUTERS