Houthi berkata 13 terbunuh dalam serangan udara AS ke atas pelabuhan minyak Yaman

SANAA – Houthi Yaman berkata serangan udara Amerika Syarikat (AS) pada Khamis di pelabuhan minyak Ras Issa menyebabkan sekurang-kurangnya 13 maut dan 30 cedera.

Tentera AS berkata ia melakukan serangan untuk memotong bekalan bahan api Houthi dan sumber dana.

“Tiga belas pekerja di pelabuhan Ras Issa terbunuh dan 30 yang lain cedera dalam pencerobohan Amerika di pelabuhan itu,” kata jurucakap kementerian kesihatan Houthi, Anees Alasbahi dalam catatan media sosial.

AN-AFP