Fatin Darynn Erisha hilang dari asrama sekolah sejak Sabtu

KUALA BERANG — Seorang pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Hulu Terengganu dipercayai menghilangkan diri dari asrama sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, kehilangan Fatin Darynn Erisha Azmirudin, 16, disedari salah seorang gurunya.

Beliau berkata, susulan itu, satu laporan polis dibuat guru di sekolah berkenaan di Balai Polis Kuala Berang semalam.

“Fatin Darynn Erisha beralamat di Taman Tiara Paka, Paka, Dungun, hilang dari sekolah berkenaan sebelum laporan polis dibuat.

“Kita (polis) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui lokasi dimana Fatin Darynn Erisha berada untuk menghubungi balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat,” katanya.

BH ONLINE