NEWS

  • Curi 2 helai baju, penunggang p-hailing dipenjara 7 hari

    KUALA TERENGGANU — Mahkamah Majistret hari ini menjatuhi hukuman penjara tujuh hari kepada seorang penunggang p-hailing kerana mencuri dua helai baju bernilai RM198 di sebuah pusat beli-belah di daerah ini.

    Keputusan itu dibuat Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas tertuduh, Aimi Shairah Ismail, 37, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan curi dalam bangunan iaitu dua helai baju berjumlah RM198 milik sebuah kedai.

    Tertuduh mengaku kesalahan itu di sebuah pusat membeli-belah di daerah ini, jam 12.30 tengah hari pada 8 Ogos lalu.

    Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

    Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman berkenaan dan mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tujuh hari bermula tarikh tangkapan iaitu 8 Ogos lalu.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

    BH ONLINE

  • Suspek utama kes culik warga China, minta wang tebusan RM5.4j adalah pemandu mangsa

    SEPANG — Lapan belas suspek dipercayai terbabit dalam kes penculikan seorang lelaki warga China dan seorang wanita tempatan di sini bulan lalu yang membabitkan pembayaran wang tebusan dalam bentuk Bitcoin bernilai AS$1.16 juta atau RM5.4 juta.

    Polis masih memburu empat daripada mereka selepas menahan 10 yang lain yang ketika ini dalam reman, manakala empat lagi berjaya ditembak mati di Skudai, Johor awal bulan ini susulan kejadian penculikan di susur keluar selepas Plaza Tol Mex menghala Cyberjaya, 11 Julai lalu itu.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Datuk Hussein Omar Khan, berkata tiga suspek yang diburu itu membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita, manakala suspek utama adalah pemandu kepada warga China yang diculik itu.

    “Motif utama kes ini bagi mendapatkan wang dan semua suspek ada rekod jenayah,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk S Sasikala Devi dan Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, di sini hari ini.

    Katanya, polis melakukan beberapa serbuan dan merampas barangan dibeli menggunakan wang tebusan, antaranya enam jam tangan mewah, enam beg tangan berjenama, enam telefon bimbit, seutas rantai emas berserta loket.

    Turut dirampas, wang tunai RM1.65 juta, satu resit pembelian emas dan masing-masing sebuah Toyota Vellfire, Mini Cooper, Toyota Camry, Honda City, Mitsubshi Triton serta dua Toyota Alphard.

    “Kesemua suspek dalam kes ini mempunyai tanggungjawab masing-masing seperti dalang utama, menjaga mangsa ketika ditahan dan menukar wang tebusan daripada Bitcoin kepada ringgit. Polis percaya hampir menyelesaikan kes penculikan ini,” katanya.

    Pada 2 Ogos lalu, media melaporkan empat penjenayah yang disyaki terbabit kes penculikan, terbunuh selepas berbalas tembak dengan polis dalam dua kejadian berasingan di Skudai, Johor.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dipetik berkata, kumpulan itu dipercayai terbabit kes penculikan dua individu membabitkan pembayaran wang tebusan dalam bentuk Bitcoin bernilai AS$1.16 juta atau RM5.4 juta.

    Dalam kejadian itu, kenderaan dinaiki lelaki warga China yang baru tiba di Malaysia dan seorang wanita tempatan dipintas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki empat lelaki di susur keluar selepas Plaza Tol MEX menghala Cyberjaya.

    Kedua-dua mangsa dibebaskan pada jam 6.30 petang 15 Julai lalu di tepi jalan Pedas-Linggi, Negeri Sembilan selepas adik kepada warga China berkenaan membayar wang tebusan kepada suspek.

    Siasatan dan risikan polis berjaya mengenal pasti suspek sebelum operasi membabitkan pasukan dari Bukit Aman dan beberapa kontinjen dilaksanakan.

    Hasilnya, pada jam 11.25 malam 1 Ogos lalu, polis mengesan seorang suspek sedang memandu kereta di kawasan Jalan Skudai-Gelang Patah, Johor, dalam keadaan mencurigakan.

    Sebaik menyedari diekori polis, suspek bertindak memecut kereta dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis. Anggota polis yang membalas tembakan berjaya menembak mati suspek berusia 51 tahun itu.

    Pemeriksaan terhadap kereta yang digunakan menemui sepucuk pistol milik suspek yang didapati mempunyai enam rekod jenayah atas kesalahan dadah selain pernah dikenakan perintah tahanan mengikut Akta Pencegahan Jenayah.

    Siasatan lanjut membawa kepada satu lagi serbuan ke sebuah rumah di Taman Impian Emas, Skudai pada jam 12.05 tengah malam hari sama. Sepasukan polis bertindak memasuki kediaman itu sebelum beberapa das tembakan dilepaskan dari dalam rumah ke arah mereka.

    Berlaku berbalas tembakan dan susulan itu, tiga lelaki berusia 35, 39 dan 45 tahun meninggal di tempat kejadian. Pemeriksaan polis di rumah itu menemukan sebilah parang dan dua pucuk pistol.

    Seterusnya, empat lagi serbuan dibuat di lokasi berasingan di Johor dan berjaya menahan lima suspek warga tempatan berusia lingkungan 25 hingga 43 tahun, termasuk seorang wanita. Semakan mendapati dua daripada suspek lelaki mempunyai rekod jenayah.

    Polis turut merampas tiga pucuk Revolver dan sebilah parang panjang dalam serbuan berkenaan.

    BH ONLINE

  • Woman and 11-year-old girl stabbed at London landmark

    LONDON — A woman and an 11-year-old girl were hospitalized on Monday after being stabbed in central London’s Leicester Square, police said, adding that a man had been arrested.

    “Officers are at the scene of a stabbing in Leicester Square. A man has been arrested and is in custody,” said a police statement.

    “Two victims, an 11-year-old girl and a 34-year-old woman, have been taken to hospital and we await an update on their condition,” it added.

    Police did not give any further details about the suspect.

    AN-AFP

  • Lightning strikes kill 2 in Yemen

    SANAA, Aug. 12 (Xinhua) — Two people have died by lightning strikes in Yemen’s northwestern province of Hajjah over the past 24 hours, a local health source in the province told Xinhua on Monday.

    The accidents occurred separately in the districts of Al-Mahabishah and Al-Miftah in the eastern part of the province.

    It’s not the first lighting-caused casualties in the country. On Wednesday, lightning strikes killed another five people in the nearby district of Abs, according to the health authorities.

    Rains and floods in the northern part of Yemen last week killed 45 people, damaged 12,584 homes and displaced 3,640 people, according to a statement by the Yemeni Red Crescent.

    The rainy season in Yemen begins in late March and intensifies from July to mid-August, severely affecting the western city of Hodeidah, the southwestern city of Taiz, and the northwestern city of Hajjah.

    The World Health Organization has expressed concern about the possible spread of diseases due to contaminated water and poor sanitation during the rainy season in the conflict-affected country.

    Yemen has been mired in a civil war since late 2014 when the Houthi group seized several northern provinces, forcing the Yemeni government out of the capital, Sanaa.

  • Turkish airstrikes kill 17 Kurdish militants in N. Iraq

    ANKARA, Aug. 12 (Xinhua) — Turkish forces have conducted airstrikes against the targets of the Kurdistan Workers’ Party (PKK) in a cross-border operation in northern Iraq, killing 17 militants, the country’s Defense Ministry said on Monday.

    The airstrikes were carried out in the “Operation Claw-Lock” zone in northern Iraq, said the ministry, without specifying the time frame of the airstrikes.

    Turkish security forces frequently conduct cross-border operations in northern Iraq, targeting PKK hideouts and bases that they allege are used to stage attacks against Türkiye.

    Türkiye launched Operation Claw-Lock in April 2022 to target PKK members in Iraq’s Metina, Zap, and Avasin-Basyan regions near the Turkish border.

    The PKK, designated a terrorist organization by Türkiye, the United States, and the European Union, has rebelled against the Turkish government for more than three decades.

  • Gunmen shoot dead village official in Philippines

    MANILA, Aug. 12 (Xinhua) — Local police said that three gunmen opened fire at a village hall in Pampanga province, north of Manila, killing a village leader.

    Police said the shooting occurred around 8:30 p.m. local time on Sunday in Arayat town in front of the village hall, an office where the village leader conducts his administrative business.

    A surveillance video clip showed a dark-color car stopped in the middle of the narrow street in front of the hall where the victim was meeting with a group of people.

    The attackers jumped out of the car. One of them, armed with an M16 rifle, peppered the hall with bullets, hitting the village official six times in the body. Two other men fired shots in the air. The gunmen immediately fled the scene after the shooting.

    Police Lieutenant Colonel Jaime Edejer, spokesperson of Pampanga police, told local television that politics might be the motive for the killing, saying that the victim plans to run for vice mayor in Arayat town in the midterm elections next year.

    Police are continuing the investigation. According to the victim’s family and supporters, the slain politician has survived two assassination attempts in 1999 and 2001.

  • Latvia’s airBaltic suspends flights to Tel Aviv over security concerns

    RIGA, Aug. 12 (Xinhua) — The Latvian airline airBaltic has suspended flights to and from Tel Aviv over security concerns, said the LETA news agency.

    AirBaltic spokesman Augusts Zilberts told the LETA news agency that the security concerns are related to a possible escalation of the conflict in the Middle East.

    Earlier, airBaltic had canceled flights to and from Tel Aviv until Aug. 11.

    Zilberts has said that the security situation in Israel was volatile, so the airline remained flexible and was ready to reschedule flights if necessary.

  • Lufthansa extends suspension of Middle East flights

    FRANKFURT — German airline group Lufthansa said Monday it was extending the suspension of flights to Tel Aviv, Tehran, Beirut, Amman and Irbil through to August 21 because of continued tensions in the region.

    It said it would also avoid using Iranian and Iraqi airspace until August 21, an extension from a previous date of August 13.

    Affected passengers can rebook or cancel their journeys free of charge, Lufthansa said, adding that it regretted the inconvenience caused “due to the current situation.”

    Also on Monday, Air France and its subsidiary Transavia France again extended the suspension of their flights to Beirut, through Wednesday August 14.

    The flights have been suspended since July 29 and their resumption “will be subject to a new assessment of the situation on the ground,” Air France said in a statement. The French carrier continues to serve Tel Aviv’s airport.
    Other airlines have also modified their flight schedules in the region recently.

    Tensions have soared as Iran and its allies vowed revenge for the high-profile killings of Hezbollah’s top military commander Fuad Shukr in Lebanon and Hamas political leader Ismail Haniyeh in Iran late last month, both blamed on Israel.

    Hezbollah has been exchanging near-daily fire with Israeli forces across the border between Lebanon and Israel.

    AN-AFP

  • Pelajar madrasah mengaku acu pisau, liwat junior dalam stor

    BATU PAHAT — Pelajar sebuah madrasah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meliwat junior dalam sebuah stor, bulan lalu.

    Tertuduh berusia 15 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

    Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa berusia 13 tahun di sebuah madrasah dalam daerah ini, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi, 8 Julai lalu.

    Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

    Berdasarkan laporan dibuat, mangsa ketika itu sedang tidur dalam bilik sebelum didatangi tertuduh sambil membawa sebilah pisau.

    Mangsa terjaga dan mendapati pisau berada di lehernya dengan tertuduh memintanya mengikuti arahan termasuk ke sebuah stor.

    Bimbang sesuatu berlaku, mangsa akur dengan arahan itu dan sebaik tiba di stor, tertuduh bertindak melakukan perbuatan terkutuk.

    Selepas kejadian itu, mangsa memberitahu pihak pengurusan madrasah yang kemudiannya menghubungi bapanya.

    Susulan itu, bapa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada keesokan hari dengan tertuduh ditahan hari ini.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam, Azlan Bohari.

    Dengan pengakuan bersalah tertuduh, mahkamah menetapkan 25 September depan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan laporan akhlak serta fakta dan perintah dikenakan terhadap tertuduh kelak.

    Pada masa sama, mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

    BH ONLINE

  • Tiga remaja lelaki direman 6 hari, bantu siasatan kes rogol rakan sekolah

    JERTIH — Tiga remaja lelaki direman enam hari bermula semalam, bagi membantu siasatan kes rogol dan cabul seorang remaja perempuan bawah umur di daerah ini.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor, berkata tiga suspek berusia 16 tahun yang juga kenalan mangsa itu ditahan di sekitar daerah ini semalam.

    Beliau berkata, penahanan tiga suspek dibuat susulan laporan dibuat bapa mangsa mengenai kejadian rogol menimpa remaja perempuan berusia 15 tahun itu.

    “Menerusi laporan itu, mangsa mendakwa dirogol seorang kenalan lelaki yang juga pelajar di sekolah sama berumur 16 tahun pada Februari lalu.

    “Ketika soal siasat, mangsa turut mendedahkan dicabul dua kenalan lelaki lain berusia 16 tahun yang juga rakan sekolah mereka dalam kejadian berasingan.

    “Tiga suspek kini direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Media pada pada 10 Ogos lalu melaporkan polis memburu tiga remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rogol serta cabul rakan sekolah di daerah ini.

    BH ONLINE

  • US orders submarine, aircraft carrier to rush to Mideast as Israel warns of coming Iran attack

    This photo taken on November 19, 2019 shows the US Navy’s aircraft carrier strike group Abraham Lincoln transiting the Strait of Hormuz. The carrier group is on its way to the Middle East again to relieve another carrier group. (AFP/File)

    WASHINGTON — US Defense Secretary Lloyd Austin has ordered a guided missile submarine to the Middle East and is telling the USS Abraham Lincoln aircraft carrier strike group to sail more quickly to the area, the Defense Department said Sunday.

    Austin issued the order after speaking with Israeli Defense Minister Yoav Gallant, who told him Iran’s military preparations suggest Iran is getting ready for a large-scale attack on Israel, Axios reporter Barak Ravid said on X, citing a source with knowledge of the call.

    The moves come as the US and other allies push for Israel and Hamas to achieve a cease-fire agreement that could help calm soaring tensions in the region following the assassination of Hamas political leader Ismail Haniyeh in Tehran and a senior Hezbollah commander in Beirut.

    While the USS Georgia, a nuclear-powered submarine, was already in the Mediterranean Sea in July, according to a US military post on social media, it was a rare move to publicly announce the deployment of a submarine.

    In a statement after Austin spoke with his Israeli counterpart, the Pentagon said the defense chief had ordered the Abraham Lincoln strike group to accelerate its deployment to the region.

    “Secretary Austin reiterated the United States’ commitment to take every possible step to defend Israel and noted the strengthening of US military force posture and capabilities throughout the Middle East in light of escalating regional tensions,” Maj. Gen. Pat Ryder, Pentagon press secretary, said in a statement.

    Ryder said Austin had reiterated to Gallant America’s commitment “to take every possible step to defend Israel and noted the strengthening of US military force posture and capabilities throughout the Middle East in light of escalating regional tensions.”

    The US military had already said it will deploy additional fighter jets and Navy warships to the Middle East as Washington seeks to bolster Israeli defenses.

    Officials have been on the lookout for retaliatory strikes by both Iran and Hezbollah for the killings, and the US has been beefing up its presence in the region.

    The Lincoln, which has been in the Asia Pacific, had already been ordered to the region to replace the USS Theodore Roosevelt aircraft carrier strike group, which is scheduled to begin heading home from the Middle East. Last week, Austin said the Lincoln would arrive in the Central Command area by the end of the month.

    It wasn’t clear Sunday what his latest order means, or how much more quickly the Lincoln will steam to the Middle East. The carrier has F-35 fighter jets aboard, along with the F/A-18 fighter aircraft that are also on carriers.

    Ryder said Austin and Gallant also discussed Israel’s military operations in Gaza and the importance of mitigating civilian harm.

    The call comes a day after an Israeli airstrike hit a school-turned-shelter in Gaza early Saturday, killing at least 80 people and wounding nearly 50 others, Palestinian health authorities said, in one of the deadliest attacks of the 10-month Israel-Hamas war.

    The US military had already said it will deploy additional fighter jets and Navy warships to the Middle East as Washington seeks to bolster Israeli defenses.

    Ismail Haniyeh, the political leader of Iran-backed Hamas, was assassinated in the Iranian capital Tehran on July 31, an attack that drew threats of revenge by Iran against Israel, which is fighting the Palestinian Islamist group in Gaza. Iran blamed Israel for the killing. Israel has not claimed responsibility.

    The assassination and the killing of the senior military commander of the Iran-backed Lebanese group Hezbollah, Fuad Shukr, by Israel in a strike on Beirut, have fueled concern the conflict in Gaza was turning into a wider Middle East war.

    Iran has said the US bears responsibility in the assassination of Haniyeh because of its support for Israel.

    Several US and coalition personnel were wounded in a drone attack on Friday in Syria, in the second major attack in recent days against US forces amid soaring tensions in the Middle East.

    AN-AP/REUTERS

  • 6 dead, 10 injured after lightning-caused pavilion collapse in east China’s Jiangsu

    NANJING, Aug. 12 (Xinhua) — Six people had been confirmed dead and 10 others injured as of 2 a.m. Monday after a lightning strike caused a park pavilion to collapse in the city of Changzhou, east China’s Jiangsu Province, local authorities said.

    The lightning struck Hengshanqiao Township in Changzhou Economic Development Zone at 8:36 p.m. Sunday, causing the pavilion collapse and trapping some people who were sheltering from the rain, according to the economic development zone.

    Search and rescue concluded late Sunday, and all 16 people were rushed to the hospital. Six of them suffered severe injuries and later died despite extensive medical efforts. The other 10 are in stable condition.

    An investigation is currently underway, and the local authorities will conduct a comprehensive review of public facilities to ensure safety.

  • Zaporizhzhia nuclear power plant sustains damage after Ukrainian strike

    MOSCOW, Aug. 12 (Xinhua) — The infrastructure of the Zaporizhzhia Nuclear Power Plant (ZNPP) has sustained serious damage for the first time since the start of the ongoing shelling and attacks by Ukrainian forces, ZNPP Director of Communications Yevgenia Yashina said on Sunday.

    “The infrastructure of the Zaporizhzhia Nuclear Power Plant has for the first time suffered serious damage as a result of a strike by the Armed Forces of Ukraine,” Yashina was quoted by Russia’s TASS News Agency as saying.

    She added that the Ukrainian forces carried out the attack using a kamikaze drone. Despite the damage and subsequent fire at the cooling system facilities, Yashina said that the plant’s operations have not been affected.

    “The cooling tower is used for cooling, but currently, the reactor units are shut down, so the tower is not in use. The sprinkler pools are sufficient for cooling at this time,” she said.

    Earlier, Yevgeny Balitsky, governor of the Zaporizhzhia region, said that the cooling systems of the ZNPP caught fire as a result of the Ukrainian strike. He assured that all six reactor units of the plant are in a cold shutdown, eliminating any risk of a steam explosion.

    While the Russian side accused Kiev of deliberately attempting to destroy the plant and incite “nuclear terror,” Ukraine’s state-run nuclear energy operator Energoatom said Russia’s “negligence” or arson could have sparked the fire.

    Energoatom also claimed, without providing evidence, that Russia has been using the plant’s cooling towers to store military equipment and explosives.

  • Lelaki mengaku bersalah cabul cucu saudara

    KUALA KANGSAR — Seorang lelaki mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan mencabul budak perempuan berusia enam tahun yang juga cucu saudaranya.

    Lelaki berusia 54 tahun itu mengangguk faham sebelum mengaku melakukan perbuatan itu sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rohaida Ishak.

    Berdasarkan pertuduhan, lelaki yang difahamkan bekerja sendiri itu melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual dengan cara memegang kemaluan mangsa berusia enam tahun itu.

    Perbuatan itu dilakukan di sebuah pondok di hadapan sebuah rumah di Kampung Kenayat, Gerik pada waktu pagi dalam pertengahan tahun 2024.

    Perbuatan itu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Muhammad Firdaus kemudiannya memohon kepada mahkamah suatu tarikh untuk hukuman dijatuhkan sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

    Selain itu, pendakwaan turut menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin beserta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

    “Mangsa adalah cucu saudara tertuduh tetapi mereka tidak tinggal bersama. Kami mohon untuk ditangguhkan kerana laporan perubatan masih tak dapat,” kata Muhammad Firdaus.

    Ketika mitigasi jaminan, tertuduh menyatakan bahawa dia bekerja sendiri dan tiada tanggungan, namun menghidapi penyakit batu karang yang memerlukan rawatan, selain menyatakan tiada orang yang akan menjaminnya.

    Rohaida kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 12 September depan untuk hukuman dijatuhi sementara menunggu laporan perubatan, selain membenarkan syarat tambahan yang dimohon oleh pendakwaan.

    Terdahulu, akhbar ini melaporkan lelaki itu direman seminggu kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berumur enam tahun yang juga cucu saudaranya dalam kejadian di perkarangan sebuah rumah Kampung Kenayat, Gerik.

    Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, dilaporkan berkata, kejadian berlaku di sebuah pondok dalam kawasan kediaman kakak suspek yang juga adalah nenek mangsa di Kampung Kenayat.

    Suspek, ketika kejadian dikatakan menggunakan alasan mengurut mangsa bagi membuang angin dalam badan, hanya ditahan pada 5 Ogos lalu selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada sehari sebelumnya iaitu pada 4 Ogos lalu.

    BH ONLINE

  • Gaji CEO Badan Berkanun jangan keterlaluan

    KUALA LUMPUR — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta kerajaan menetapkan garis siling bagi gaji ketua eksekutif atau pengarah urusan Badan Berkanun Persekutuan (BBP) supaya tidak keterlaluan.

    Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata setakat ini, pihaknya difahamkan tiada garis siling bagi gaji jawatan ketua BBP dan jumlah diterima juga berbeza-beza.

    “PAC mahu kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan menetapkan garis siling gaji ini supaya tidak keterlaluan sehingga ada BBP yang gagal membayar dividen kepada kerajaan, tetapi sebaliknya mampu membayar tinggi gaji pengurusan tertinggi,” katanya kepada BH.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola BBP yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.

    Ia bagi memastikan pengurusan BBP di negara ini lebih telus, berintegriti dan mempunyai kebertanggungjawaban.

    Mengikut Akta Badan-Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240), Badan Berkanun Persekutuan ialah mana-mana pertubuhan perbadanan, yang diperbadankan menurut peruntukan Undang-Undang Persekutuan dan yang menjadi pihak berkuasa awam atau agensi Kerajaan Malaysia.

    Matlamat penubuhan BBP adalah bagi membolehkan kerajaan bertindak lebih cekap tanpa terikat dengan peraturan pentadbiran kerajaan melalui suatu badan yang boleh bergerak lebih pantas, seiring dengan syarikat swasta.

    Antara BBP ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Tabung Haji (TH), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia (LPPM).

    Mengulas lanjut, Mas Ermieyati bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai julat gaji pengurusan tertinggi dalam BBP itu.

    Pada 2018, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengarahkan gaji dan elaun pengerusi badan berkanun, suruhanjaya dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disemak semula.

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, arahan itu dikeluarkan susulan isu gaji dan elaun Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) ketika itu, yang mencecah RM85,000 sebulan.

    Mengenai Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola BBP, Mas Ermieyati berkata, PAC berpandangan, ia perlu dibaca bersekali dengan undang-undang berkaitan, termasuk akta tubuh BBP, yang mungkin bercanggah dan boleh menolak terma yang digariskan dalam garis panduan itu.

    “Justeru, amat penting dan kritikal bagi kementerian dan menteri untuk sentiasa mengemaskini dan melihat semula akta tubuh serta undang-undang yang berkaitan BBP supaya sentiasa mendokong dasar kerajaan dan mengikut ketetapan amalan terbaik terkini.

    “Pada masa sama, PAC juga mahu kerajaan mengambil langkah proaktif dengan menyemak semula memorandum dan artikel (M&A) BBP yang dilihat kurang berkesan dalam memastikan tadbir urus yang baik serta campur tangan kerajaan sehingga mengakibatkan berlaku penyalahgunaan kuasa serta ketirisan,” katanya.

    Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola BBP yang mula dikuatkuasakan kerajaan menerusi arahan pekeliling yang dikeluarkan pada 30 April lalu itu bertujuan memberi panduan kepada kementerian, agensi pengawal dalam pelaksanaan peraturan dan prosedur berkaitan pengurusan serta tatakelola BBP.

    BH ONLINE

  • Cikgu Istiqomah dibunuh oleh kenalan universiti, disyaki ada kaitan urusan pelaburan Forex

    ALOR GAJAH — Kenalan lelaki ketika sama-sama belajar di universiti, disyaki mendalangi pembunuhan cikgu, Istiqomah Ahmad Rozi, yang mayatnya ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini pada 31 Disember lalu.

    Lelaki terbabit juga juga bekas guru sebelum berhenti menjadi pedagang mata wang asing (Forex), dipercayai mempunyai urusan berkaitan pelaburan Forex dengan mangsa yang bertugas di Sekolah Kota Masai 3 dekat Pasir Gudang, Johor, yang dilaporkan hilang keluarganya sejak 26 Disember 2023.

    Kereta milik mangsa yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu, dijumpai di kawasan pasar raya Lotus Kota Masai, Pasir Gudang, kira-kira 2 petang pada 27 Disember tahun lalu.

    Hasil siasatan polis secara berterusan sejak penemuan tanpa kepala pada 31 Disember lalu, membawa kepada penahanan sepasang suami isteri di Chemor, Perak sebelum ditahan reman pada 6 Ogos lalu.

    Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata identiti mayat wanita ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang, di sini, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

    Beliau berkata, penemuan itu hasil siasatan dan ujian deoxyribonucleic asid (DNA) yang dijalankan Bahagian Data Bank/DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ke atas ibu mangsa.

    Katanya, mayat tidak lengkap anggota badan termasuk kedua-dua tangan dan kaki itu ditemui orang awam pada 31 Disember 2023.

    “Hasil ujian yang dijalankan pada 2 Ogos lalu, mendapati DNA wanita terbabit adalah sepadan dengan sampel diambil daripada mayat tidak lengkap dan tanpa identiti itu,” katanya.

    Ashari berkata, bertindak atas maklumat itu, Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Poli Daerah Alor Gajah menjalankan risikan.

    Beliau berkata, susulan itu polis berjaya menahan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak pada 5 Ogos lalu dan direman selama enam hari bermula 6 Ogos lalu hingga hari ini.

    “Menerusi siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa termasuk tengkorak dan tulang jari kira-kira enam kilometer dari kawasan tempat mayat mangsa dijumpai,” katanya.

    Mengulas lanjut Ashari berkata, suspek lelaki adalah kenalan mangsa dan mereka turut berhubung berkaitan pelaburan mata wang Forex.

    “Reman ke atas suspek lelaki disambung selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 18 Ogos bagi melengkapkan siasatan manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes.

    “Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya.

    Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke BSJ IPD Alor Gajah menerusi talian 06-5562222 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Norehan Omar di talian 010-4064003.

    Terdahulu, kedua-dua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Gajah pada jam 9.10 pagi sebelum dihadapkan ke hadapan Majistret Teoh Shu Yee.

    BH ONLINE

  • Mayat tanpa kepala sah Cikgu Istiqomah, yang hilang lapan bulan lalu

    MELAKA — Kehilangan seorang guru wanita di Johor Bahru sejak lapan bulan lalu, akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui di sini pada 31 Disember tahun lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

    Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pengesahan itu dibuat hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan, mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

    Beliau berkata, risikan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Polis Alor Gajah berjaya menahan sepasang suami isteri, berusia 36 dan 37 tahun.

    “Pasangan yang ditahan di Chemor, Perak telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos lalu dan polis akan mohon sambung reman hari ini terhadap suspek lelaki yang ditahan,

    “Siasatan terhadap kedua-dua suspek membawa penemuan sebahagian anggota badan termasuk tulang jari dan bahagian kepala tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badan dalam jarak kira-kira lima hingga enam kilometer (KM) dari tempat pertama mayat mangsa ditemukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Ashari berkata, guru wanita yang mempunyai tiga anak itu, dipercayai mengenali suspek lelaki dan terbabit dalam urusan pelaburan, manakala isterinya tidak mengenali mangsa.

    “Kedua-dua individu yang ditahan telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos lalu dan pihak polis akan mohon sambung reman hari ini terhadap suspek lelaki yang ditahan,” katanya lagi.

    Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di talian 06-5562222.

    Pada 31 Disember tahun lalu, mayat seorang wanita ditemukan tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki dalam tong sampah di longkang tepi jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang kira-kira jam 2 petang.

    Ketika itu, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan anggota badannya iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong sebelum disumbat dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di tepi jalan berkenaan.

    Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya

    Ketika itu, hanya bahagian badan ditemukan dengan kepala, kedua-dua tangan dan kaki dari paras lutut ke bawah dipercayai dipotong, selain terdapat sehelai kain merah di bawah mayat.

    Selain itu, tiada juga identiti ditemukan pada mayat dianggarkan berusia 20 hingga 30-an itu, namun pakar patalogi mengesahkan mangsa seorang wanita.

    Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mula mereput dan sudah kering serta disyaki meninggal dunia antara tempoh tujuh hingga 10 hari ketika ditemui.

    Ketika itu, polis turut menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas dua kes orang hilang dalam tempoh sebulan lalu, namun keputusannya negatif.

    BH ONLINE

  • ‘God saved me’: Kursk rout sparks panic, bombs along Ukraine border

    Residents who evacuated due to shelling from villages that are close to the border with Russia gather in an evacuation center in Sumy, on August 11, 2024, amid the Russian invasion of Ukraine. (AFP)

    SUMY, Ukraine — The roar of artillery fire was deafening as Tetyana conferred with neighbors in her small village, which hugs the Russian border, over whether they should hold tight or flee.

    The days were relatively calm in Myropillya, she said, but the nightly bombardments had become so unbearable that even sheltering in basements no longer felt safe.

    “You know what they say, it’s only when we start to feel the burning ourselves that we leave,” the 59-year-old told AFP.

    Finally prompted to flee after Ukraine’s shock border incursion into Russia’s Kursk region, she was at a gathering point for evacuees in the eastern city of Sumy.

    The offensive has been one of Ukraine’s speediest operations since Moscow invaded in February 2022.
    Analysts say it is the most significant ground operation by a foreign army inside Russia since World War II.

    Moscow has been forced to redeploy troops and carry out mass civilian evacuations as it struggles to stem the advance.

    For Ukraine, it has been a morale boost at an otherwise perilous moment in the war.

    But Russia has also responded by pounding Ukrainian border areas — where it says troops and equipment are stationed — prompting Ukrainian officials to order the evacuation of some 20,000 people on its side of the new frontline.

    Sitting alone and disoriented at the Sumy evacuation center, 80-year-old Anna was tearful as she described the intensifying artillery fire in her village of Yunakivka, near the border.

    “I was about to hang myself. But God saved me,” she told AFP.

    “But I don’t know what to do now,” she added, perched on a temporary bed next to the few plastic bags of belongings she had been able to bring with her.

    Overseeing efforts to help those who fled, aid worker Vitaliy Kaporukhin said the Ukrainian attack — planned in secret and launched without warning — had caught border residents off guard.

    “People are upset,” said Kaporukhin, who works with the aid organization, Pluriton. “They’re having to leave their homes. They’re having to leave everything behind.

    “Fortunately, it’s an operation from our side, and Russian forces didn’t come here. That would have been worse.”

    AFP journalists saw dozens of Ukrainian military vehicles daubed with white triangles, the insignia apparently used to identify forces involved in Kursk operation, kicking up dust on roads in the Sumy border territory.

    Kyiv has been tight-lipped about the operation but a top Ukrainian official told AFP its aim was to destabilize Russia by showing up its weaknesses.

    In one frontier village, servicemen who spoke to AFP on condition of anonymity said they had been deployed inside Russia. They described intensive Russian bombardments along the border and in the Kursk region.

    Another group preparing to cross into Kursk voiced confidence they could hold ground there, citing weak Russian resistance — for now.

    Ukrainian troops have carved rows of new defensive lines into the Sumy region’s landscape.

    Closer to the Russian border, smoke trails from Ukrainian projectiles could be seen marking the sky above sweeping fields of bright sunflowers.

    The fresh scrutiny on Sumy represents a dramatic shift for a region that, compared with other eastern regions, has been spared the brunt of more than two years of devastating fighting with Russia.

    But windows covered by plywood and gutted carcases of Soviet-era buildings point to frequent and deadly aerial attacks on Sumy and the surrounding area.

    Air raid sirens and explosions rang out over the city, itself just 30 kilometers (18 miles) from the Russian border, at regular intervals.

    Russian President Vladimir Putin’s army stormed into the surrounding region when he ordered the invasion in February 2022, but within several weeks had been pushed by an unexpectedly resolute Ukrainian resistance.

    This weekend the Ukrainian army said it was the region most heavily targeted by Russian aerial attacks, retaliatory strikes for the ongoing offensive.

    “The border villages have already been wiped out,” said Tetyana, whose first regret was having to leave behind the pickles she had spent the summer preparing. “There is nothing left there.”

    Despite the evacuations and the looming threat of Russian retaliation, life has seemed relatively normal in the region’s main civilian hub in recent days.

    Shouting children played in a water fountain in the center of the Sumy, which had a population of around 250,000 before the war.
    Residents enjoyed evening meals on restaurant terraces dotting the historic center.

    At the evacuation center, residents who had fled reported that Moscow had stepped up attacks, using devastating glide bombs on border areas.

    Retired metal worker Mykola, who left his village of Khotyn some 10 kilometers (6 miles) from Russia, admitted it had pained him to have to leave his home.

    But he found some consolation from Ukraine’s offensive in Kursk.

    “Let’s let them find out what it’s like,” the 70-year-old said. “They don’t understand what war is.

    “Let them have a taste of it.”

    AN-AFP

  • House explosion in Maryland kills 2 and damages nearby homes

    In this photo provided by Joppa Magnolia Volunteer Fire Company, debris is seen in a street after an apparent house explosion in Harford County, Maryland, Sunday, Aug. 11, 2024. AP

    BEL AIR, Md. (AP) — Two people were killed and 12 families displaced after a Maryland house exploded Sunday amid reports of a possible gas leak, fire officials said.

    Neighbors described feeling and hearing the early morning blast that damaged a number of surrounding houses in Bel Air, a town about about 30 miles (50 kilometers) northeast of Baltimore.

    Firefighters were called to the area around 6:40 a.m. for a report of a gas leak and an outdoor odor of gas, said Oliver Alkire, a master deputy with the State Fire Marshal’s Office. Alkire said that as firefighters were approaching, they began receiving calls that the house had exploded. First responders pronounced one person dead at the scene, and a second body was later found in the rubble.

    Alkire said that a home next door to the explosion was heavily damaged, and a woman in that house was treated for injuries on the scene. Two utility workers were in the area to work on a reported electrical issue, but authorities didn’t immediately say if that was related to the explosion.

    The first victim found was later identified as a contractor for the utility BGE, according to a statement released by Harford County Fire and EMS.

    The State Fire Marshal’s Office said late Sunday that the second body was found in the rubble of the home at the center of the blast. The person is believed to be the home’s 73-year-old owner, but positive identification was pending, according to the fire officials’ statement.

    Investigators were also working to establish how many houses were damaged and how far the blast radius was. Harford County fire officials said that at least 12 families have been displaced due to damage to neighboring houses. Authorities said there was no ongoing threat to the public.

    “I’ve been on the job for nearly 18 years, and this is one of the largest explosions I’ve seen,” Alkire said.

    A photo posted by county officials showed several firefighters around the rubble of the home with another damaged home in the background. Charred pieces of wood were heaped on the property, and insulation and splintered wood spilled out into the street. Small pieces of debris hung from nearby trees. Later in the morning, emergency workers were seen using heavy equipment to search through the rubble.

    More than 60 first responders came to the scene from multiple agencies. The state fire marshal, sheriff and federal Bureau of Alcohol, Tobacco and Firearms were assisting with the probe, as is standard procedure.

    Lisa Czawlytko, who lives in a nearby condominium, said the explosion woke her and her three children and knocked a pet bird to the ground.

    She said the roof structure on four condominium buildings buckled and sent aluminum siding from the roof down to the ground. She attended a news conference at a nearby library to ask officials if it was safe to be in the building.

    She said she felt the force of the explosion.

    “The whole building shook like a major earthquake,” she said in an interview.

    Her 8-year-old daughter described it as scary, when her mother asked her how she felt when it happened .

    “I thought a bomb dropped,” Myca said.

    The blast woke up Greg Clifford from a heavy sleep inside his townhouse about a block away. He first thought that a tree had fallen on his deck, or that a lightning strike caused the loud noise.

    “It just shook the whole thing,” Clifford said. “It was crazy loud.”

    He also noted some damage to his home.

    “The window in my bedroom is pulled away from the framing of the house,” Clifford said. “I mean, I can look straight down to my deck. My basement door — the glass — it didn’t shatter, but it blew in, and my frame’s all cracked out.”

  • Helicopter crashes into roof of hotel in Australia’s Far North Queensland: media

    SYDNEY, Aug. 12 (Xinhua) — Up to 400 people have been evacuated after a helicopter crashed into the roof of a hotel in Australia’s Far North Queensland early Monday morning, local media reported.

    It’s unknown how many people were in the helicopter, or their condition, after it crashed into the roof of the DoubleTree by Hilton on Cairns Esplanade, according to the Australian ABC News broadcaster.