NEWS

  • Pegawai Penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang didakwa menerima rasuah

    SHAH ALAM — Seorang Pegawai Penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah.

    Azirin Azali Ramli, 48 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Datuk Anita Harun.

    Mengikut kertas pertuduhan, Azirin Azali didakwa menerima wang tunai RM2,000 daripada seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 24 Mei lalu di dalam sebuah kenderaan jenis Lexus bertempat di petak parkir depan premis perniagaan di Hulu Langat.

    Azirin didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 165 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

    Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan syarat tambahan.

    Ketika rayuan, Peguam Vasudevan Appu yang mewakili tertuduh berkata, anak guamnya seorang penjawat awam dengan pendapatan RM5,700 sebulan.

    “Walaupun sudah bercerai, anak guam masih menanggung tiga orang anak yang berusia antara 24 hingga 16 tahun. Dua daripada mereka sedang melanjutkan pelajaran di universiti, manakala anak bongsu masih bersekolah,” katanya.

    Anita membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan mengenakan syarat tambahan itu melapor diri pada atau sebelum 7 hari bulan setiap bulan di Pejabat SPRM Putrajaya serta pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

    Mahkamah menetapkan 2 Oktober depan untuk sebutan kes.

    BH ONLINE

  • Timbalan Pengarah, Penguat kuasa DBKL didakwa minta dan terima rasuah

    SHAH ALAM — Timbalan Pengarah dan Pegawai Penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah dari penjaga pusat hiburan tanpa lesen.

    Timbalan Pengarah Muhammad Irwan Abdullah, 44 dan Pegawai Penguat kuasa KP19 DBKL Zahari Mohamad, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Datuk Anita Harun.

    Bagi pertuduhan meminta rasuah, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat bersama pada kira-kira bulan Februari lalu, di sebuah restoran di Puchong, meminta daripada seorang penjaga premis hiburan suapan wang tunai berjumlah RM 200,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang penguatkuasaan ke atas premis-premis pusat hiburan tanpa lesen yang sah.

    Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

    Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun; dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

    Bagi pertuduhan kedua iaitu menerima rasuah, kedua-dua mereka didakwa dengan niat bersama pada kira-kira pada bulan Februari, di sebuah restoran di Puchong, bersetuju untuk menerima suapan wang tunai berjumlah RM160,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang penguatkuasaan ke atas premis-premis pusat hiburan tanpa lesen yang sah di bawah jagaan penjaga premis berusia 62 tahun itu.

    Mereka didakwa mengikut seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta SPRM 2009.

    Bagi kesalahan itu, mereka boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun; dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika sabit kesalahan.

    Sementara itu Muhammad Irwan turut didakwa secara berasingan atas pertuduhan ketiga iaitu menerima rasuah dari penjaga premis yang sama.

    Bagi pertuduhan ketiga, Muhammad Irwan didakwa secara rasuah menerima suatu suapan wang tunai berjumlah RM130,000.00 daripada penjaga premis yang sama sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang penguatkuasaan ke atas premis pusat hiburan tanpa lesen yang sah di bawah jagaannya.

    Muhammad Irwan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntuk hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun; dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

    Pegawai Pendakwa Raya SPRM Mohd Aliff Shaharuzaman menawarkan jaminan RM50,000 untuk setiap tertuduh dengan syarat tambahan termasuk mereka dikehendaki menyerahkan passport kepada mahkamah dan melapor diri pada minggu pertama setiap bulan di pejabat SPRM terdekat, serta tidak boleh menganggu saksi.

    Ketika rayuan, Peguam Mak Kah Keong, yang mewakili Muhammad Irwan memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000.

    “Anak guam saya berumur 44 tahun dengan pendapatan sebanyak RM9,000 sebulan, namun menanggung tanggung isteri serta lima orang anak berusia antara 17 hingga 4 bulan.

    “Selepas dituduh kami difahamkan anak guam saya akan digantung tugas dan gaji dipotong. Itu akan memberi kesan secara langsung kepada kewangan keluarga. Kami juga sedia menyerahka pasport dan melapor diri setiap bulan,” katanya.

    Peguam Ahmad Faiz Munawar mewakili Zahari berkata, anak guamnya bekerja sebagai Penguat kuasa DBKL dengan gaji pendapatan RM3,000 dan menanggung isteri serta seorang anak berusia 4 tahun serta ibunya yang uzur.

    Anita membenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dan menetapkan 30 September depan untuk sebutan semula kes.

    Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dikenakan syarat tambahan iaitu melapor diri pada atau sebelum 7 hari bulan setiap bulan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur dan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

    BH ONLINE

  • Polis siasat kes wanita rosakkan kereta

    JOHOR BAHRU — Polis sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap kejadian wanita yang dilihat merosakkan sebuah kenderaan dipercayai di Taman Perling di sini.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung kejadian itu pada jam 12 tengah hari 5 Ogos lalu.

    “Kita mengesan satu video dimuat naik pemilik akaun X memaparkan adegan seorang wanita sedang merosakkan kereta dan siasatan sedang dijalankan selepas menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

    Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang menyebabkan kerugian bernilai RM25 atau lebih.

    Terdahulu, tular satu video berdurasi sepuluh saat memaparkan seorang wanita sedang merosakkan sebuah kenderaan dengan memecahkan cermin sisi sebelum memanjat dan memecahkan cermin belakang kenderaan itu.

    Pada masa sama, Balveer Singh menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang perbuatan khianat yang boleh merosakkan harta benda atau mengganggu ketenteraman awam.

    “Tindakan sebegini bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga boleh menyebabkan kerugian dan kesusahan kepada orang lain,” katanya.

    BH ONLINE

  • Lebanon says two killed in Israeli strikes

    BEIRUT, Lebanon — Lebanon’s health ministry said Israeli strikes killed two people in the country’s south on Wednesday, with Hezbollah announcing the deaths of two of its fighters, the latest cross-border violence amid fears of a full-blown regional war.

    Hezbollah has traded near daily fire with the Israeli army since the Palestinian militant group Hamas’s unprecedented October 7 attack on Israel triggered the Gaza war.

    Ceasefire negotiations between Hamas and Israel are set to resume on Thursday in Qatar, with top diplomats scrambling to avert wider conflict after Iran and Hezbollah vowed revenge for recent high-profile killings.

    The Lebanese health ministry said in a statement that an “Israeli enemy” strike on the southern town of Marjayoun killed one person and wounded nine others, revising downwards a previous death toll of three.

    The official National News Agency said an “enemy drone targeted a car” in the town square, a usually busy area home to shops.

    The health ministry also said one person was killed and another wounded in an Israeli strike in south Lebanon’s Blida village.

    The Israeli military said in a statement that its air force had “struck Hezbollah military structures” including in the Blida area.

    It later added that Israeli aircraft “eliminated two Hezbollah terrorists” in the Marjayoun area. Hezbollah also announced on Wednesday evening the death of two of its fighters in Israeli fire.

    Lebanon’s health ministry earlier reported that an “Israeli enemy” strike in Abbassiyeh, near the southern city of Tyre, wounded 17 people, including two teenagers and an eight-year-old girl, with four people in “critical” condition.

    Hezbollah said it launched “volleys of Katyusha rockets” at the city of Kiryat Shmona in northern Israel in response to the Abbassiyeh strike.

    The Israeli army said “a number of projectiles” from Lebanon fell in an “open area” without causing injuries.

    The Iran-backed group claimed a number of other attacks on Israeli troops and positions on Wednesday, including with “explosive-laden drones.”

    The violence since October has killed some 570 people in Lebanon, most of them Hezbollah fighters but also including at least 118 civilians, according to an AFP tally.

    On the Israeli side, including in the annexed Golan Heights, 22 soldiers and 26 civilians have been killed, according to army figures.

    As part of efforts to de-escalate the situation, French Foreign Minister Stephane Sejourne is set to visit Beirut on Thursday, diplomatic sources said, on the heels of a visit Wednesday by US envoy Amos Hochstein.

    AN-AFP

  • French military jets collide in midair, two dead

    Two French military jets collided in midair over the country’s east on Wednesday, killing two military personnel and leaving a sole survivor, French officials said.

    In a post on X, French President Emmanuel Macron identified the fatalities in the Rafale aircraft accident as Captain Sebastien Mabire and Lt. Matthis Laurens.

    French media said one of the two was a trainee pilot and the other a pilot.

    French Defense Minister Sebastien Lecornu said on X that the remaining pilot survived.

    The planes were based at the Saint-Dizier military installation in northeastern France.

    AN-REUTERS

  • Columbia’s president resigns after months of turmoil, including protests over the Israel-Hamas war

    Columbia University President Nemat (Minouche) Shafik. (AP)

    NEW YORK — Columbia University President Minouche Shafik resigned Wednesday after a brief, tumultuous tenure that saw the head of the prestigious New York university grapple with protests over the Israel-Hamas war and criticism over how the school handled divisions related to the conflict.

    The school in upper Manhattan was roiled this year by student protests, culminating in scenes of police officers carrying zip ties and riot shields storming a building that had been occupied by pro-Palestinian protesters. Similar protests swept college campuses nationwide.

    In addition to the protests, the school in July removed three deans, who have since resigned, after officials said they exchanged disparaging texts during a campus discussion about Jewish life and antisemitism. Shafik said in a July 8 letter to the school community that the messages were unprofessional and “disturbingly touched on ancient antisemitic tropes.”

    Shafik was also among the university leaders called for questioning before Congress earlier this year.

    She was heavily criticized by Republicans who accused her of not doing enough to combat concerns about antisemitism on Columbia’s campus.

    In her letter announcing her resignation, Shafik heralded “progress in a number of important areas” but lamented that her tenure had also been a “period of turmoil where it has been difficult to overcome divergent views across our community.” In her statement, she acknowledged the campus protests factored into her decision to resign.

    “This period has taken a considerable toll on my family, as it has for others in the community,” Shafik wrote. “Over the summer, I have been able to reflect and have decided that my moving on at this point would best enable Columbia to traverse the challenges ahead.”

    Shafik said she will return to the United Kingdom to lead an effort by the foreign secretary’s office reviewing the government’s approach to international development and how to improve capability.

    “I am very pleased and appreciative that this will afford me the opportunity to return to work on fighting global poverty and promoting sustainable development, areas of lifelong interest to me,” she wrote. “It also enables me to return to the House of Lords to reengage with the important legislative agenda put forth by the new UK government.”

    The Board of Trustees announced that Katrina Armstrong, the CEO of Columbia University Irving Medical Center, agreed to serve as interim president.

    The board said Armstrong, who is also the executive vice president for the university’s Health and Biomedical Sciences, “is the right leader for this moment.”

    Armstrong said she was “deeply honored” to be leading the university at a “pivotal moment for Columbia.”

    “Challenging times present both the opportunity and the responsibility for serious leadership to emerge from every group and individual within a community,” Armstrong wrote. “This is such a time at Columbia. As I step into this role, I am acutely aware of the trials the University has faced over the past year.”

    Shafik was named president of the university last year and was the first woman to take on the role, and she was one of several women newly appointed to take the reins at Ivy League institutions.

    She had previously led the London School of Economics and before that worked at the World Bank, where she rose through the ranks to become the bank’s youngest-ever vice president. Shafik also worked at the United Kingdom’s Department for International Development, followed by stints at the International Monetary Fund and the Bank of England.

    At the time of Shafik’s appointment, Columbia Board of Trustees chair Jonathan Lavine described her as a leader who deeply understood “the academy and the world beyond it.”

    “What set Minouche apart as a candidate,” Lavine had said in a statement, “is her unshakable confidence in the vital role institutions of higher education can and must play in solving the world’s most complex problems.”

    AN-AP

  • Ibu dan anak maut dalam perjalanan ke sekolah

    KUALA KANGSAR — Dua beranak maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Kuala Kangsar-Manong, di sini, hari ini.

    Difahamkan, nahas meragut nyawa ibu berusia 40-an dan anak perempuannya berusia 12 tahun, manakala seorang lagi anak perempuan mangsa berusia 10 tahun cedera ringan ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.36 pagi.

    Menurutnya, kemalangan membabitkan kereta Honda City dinaiki tiga beranak bertembung dengan Toyota Velfire.

    “Seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan masing-masing tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang bahagian hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

    “Seorang lagi kanak-kanak perempuan yang duduk di tempat duduk belakang Honda City cedera ringan.

    “Mayat dua mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa cedera diserahkan kepada KKM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Beliau berkata, pemandu Toyota Vellfire tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan jam 9.10 pagi.

    BH ONLINE

  • Father of Barca and Spain star Lamine Yamal stabbed in car park

    MADRID, Aug. 14 (Xinhua) — The father of FC Barcelona and Spain winger Lamine Yamal has been taken to hospital after being stabbed in a car park, according to reports in Spain.

    Mounir Nasraoui received “more than one stab wound” in a car park in the town of Mataro, to the north of Barcelona, where he currently resides.

    He was taken to the Can Ruti hospital in Badalona, which is just outside of Barcelona, in a “serious” condition.

    According to the ‘La Vanguardia’ newspaper, the Catalan regional police force ‘Mossos d’Esquadra’ are investigating the attack on the father of Barcelona’s star player, who was one of the stars of the recent European Championships, and have found several witnesses to the incident.

    There are still very few details about the attack, which happened just three days before Laime Yamal is expected to lead the Barca attack in their first LaLiga game of the season, away to Valencia on Saturday night.

  • Turkiye will continue to increase pressure on Israel, Erdogan tells Palestinian leader Abbas

    Turkiye’s President Tayyip Erdogan meets with Palestinian President Mahmoud Abbas in Ankara on Aug. 14, 2024. (Reuters)

    ANKARA — Turkish President Recep Tayyip Erdogan told visiting Palestinian President Mahmud Abbas on Wednesday that Turkiye will continue to support the Palestinian cause and push the international community to increase pressure on Israel, his office said.

    The two leaders discussed recent developments and the steps to be taken for a lasting ceasefire and peace in Gaza, Erdogan’s office said in a post on X.

    Erdogan condemned Israel’s war in Gaza, the statement said, accusing some Western countries of remaining silent and continuing to support Israel.

    Erdogan also told Abbas that all countries, especially in the Muslim world, should step up efforts to ensure an immediate ceasefire in Gaza and the uninterrupted delivery of humanitarian aid to Palestinians.

    Abbas is set to address an extraordinary session of Turkiye’s parliament on Thursday.

    Israel’s assault on Gaza started after the Palestinian Islamist militant group Hamas attacked Israel on Oct. 7.

    Turkiye has denounced the war and has halted all trade with Israel. It submitted a request to join South Africa’s case at the International Court of Justice accusing Israel of genocide.

    Turkiye’s invitation to Abbas came after Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu addressed the US Congress on July 25, which Ankara has condemned.

    “We will show that Mr. Abbas has the right to speak in our parliament just as Netanyahu has the right to speak in the US Congress,” Erdogan told members of his ruling AK Party on Wednesday before meeting Abbas.

    Erdogan, who has been a staunch supporter of Hamas, said Turkiye had also planned to invite the political leader of Hamas, Ismail Haniyeh, who was assassinated in Tehran.

    AN-REUTERS, 140824

  • Nine civilians killed in Israeli shelling of the cities of Rafah and Khan Yunis in Gaza

    GAZA, Wednesday, August 14, 2024 (WAFA) — Nine civilians, including three children, were killed today in Israeli bombings targeting the towns of Khan Yunis and Rafah, in the southern war-torn Gaza Strip.

    In Khan Yunis, five civilians, including three children, were killed after the occupation shelled a gathering of civilians in the Batn al-Saleem area. The occupation fighter helicopters also attacked the southeastern parts of the city.

    In the city of Rafah, two civil defense crews were killed by the occupation, bringing the total number of civil defense members killed since the outbreak of the aggression on the Gaza Strip on October 7, 2023, to 82.

    Two civilians were also killed by the occupation bombings north of Rafah and the Tel al-Sultan neighborhood west of the city.

    The occupation also launched an air airstrike on the town of Beit Hanoun in the northern Gaza Strip.

    The Israeli occupation’s aggression on the Gaza Strip by land, sea and air since October 7, 2023, has so far resulted in the killing of 39965 civilians and the injury of 92294 others.

    Thousands of victims are still buried under rubble and scattered on the roads and cannot be reached by civil defense and rescue crews.

  • Israeli airstrike on Gaza kills three Palestinians, injures others

    GAZA, Wednesday, August 14, 2024 (WAFA) — An Israeli airstrike on a house, located to the southeast of the city of Gaza, Wednesday evening killed three Palestinian civilians and injured others, according to the Palestinian Red Crescent Society (PRCS).

    PRCS said that its crews retrieved the bodies of three civilians who were killed and several others injured in an Israeli occupation airstrike that targeted the house of the Yassin family, close to the Zaitoun Center, southeast of the city.

    It added that the fatalities and casualties were taken to the Arab Ahli Hospital in the city.

    Israel has proceeded with its genocidal offensive on the war-torn Strip in complete disregard of the International Court of Justice (ICJ), which ordered Israel in a legally binding decision to halt its military offensive in Rafah, which may violate its obligations under the Genocide Convention.

    Israel has been waging a devastating war on Gaza since October 7, killing at least 39,965 Palestinians and injuring over 92,294 others.

    Moreover, at least 10,000 people are unaccounted for, presumed dead under the rubble of their homes throughout the Strip.

    Palestinian and international organizations say that the majority of those killed and wounded are women and children.

    The Israeli aggression has also resulted in the forceful displacement of nearly two million people from all over the Gaza Strip, with the vast majority of the displaced forced into the densely crowded southern city of Rafah near the border with Egypt – in what has become Palestine’s largest mass exodus since the 1948 Nakba.

  • US approves $20bn weapons package for Israel

    An Israeli tank rolls during operations in the Gaza Strip amid the conflict with Hamas. AFP

    US Secretary of State Antony Blinken approved the possible sale of fighter jets and other military equipment worth more than $20 billion to Israel, the Pentagon said on Tuesday.

    In a statement, the Pentagon said Mr Blinken approved the possible sale of F-15 jets and equipment worth nearly $19 billion that Israel had requested to buy.

    He also approved Israel possibly buying tank cartridges worth about $774 million and army vehicles worth $583 million, the Pentagon said.

    “The United States is committed to the security of Israel, and it is vital to US national interests to assist Israel to develop and maintain a strong and ready self-defence capability,” the statement read. “This proposed sale is consistent with those objectives.”

    The tank rounds would be almost immediately available for delivery, Reuters reported, while the Boeing F-15 fighter jets would take years to produce and deliver. As required by law, the Pentagon alerted Congress of the possible sale.

    The US has staunchly supported Israel as its top Middle East ally prosecutes a war in the Gaza Strip that has devastated the Palestinian enclave.

    Local health authorities estimate nearly 40,000 people have died in Israel’s military operations, which began after Hamas-led attacks in southern Israel on October 7 killed about 1,200.

    Pro-Palestine advocates and rights activists – including former US government staff – have demanded that Washington halt its arms supplies to Israel, citing concerns over human rights breaches and international court investigation.

    President Joe Biden has paused the release of high-payload bombs over worries that they would be used in Israeli operations in Rafah, a city populated by displaced Gazans.

    As it approves weapons sales to Israel, Washington has also tried to arrange a ceasefire deal in Gaza that could avert a wider Middle East war.

    Fears of a broader war have increased since the recent killings of Hamas leader Ismail Haniyeh in Iran and Hezbollah military commander Fouad Shukr in Beirut. Both drew threats of retaliation against Israel.

    THE NATIONAL

  • Ukraine targets four Russian air bases in major drone attack, Kyiv source says

    KYIV — Ukraine carried out its largest long-range drone strike of the war on four Russian military airfields overnight, a Kyiv security source said, an attack hailed by President Volodymyr Zelensky as “timely” and “accurate.”

    The strike, which targeted Russia’s Voronezh, Kursk, Savasleyka and Borisoglebsk air bases, aimed to undermine Moscow’s ability to use warplanes for gliding bomb attacks on Ukraine, the source said.

    Reuters could not independently verify the claim. Ukraine was still assessing the scale of damage, the source said.

    “Thank you for the accurate, timely, and effective strikes on Russian airfields. Ukrainian drones work exactly as they should,” Zelensky said as he addressed the military on Wednesday.

    Russia’s defense ministry said earlier that its air defenses had destroyed 117 drones and four tactical missiles launched by Ukraine at several regions including Kursk.

    The strike on the airfields comes as Ukrainian troops are trying to press forward in Russia’s Kursk region after they launched a surprise operation which has yielded their biggest battlefield gains since 2022.

    Since the incursion last week, Russian forces has reduced the number of guided bomb attacks on border settlements in Ukraine’s northeastern Kharkiv region, the local governor said on Monday.

    AN-AFP

  • Man arrested for allegedly killing neighbour, injuring another

    AMMAN — Police on Wednesday announced the arrest of a man who allegedly shot and killed his neighbour and injured a second man during a brawl in Irbid, official sources said.

    The 28-year-old victim was killed instantly during the brawl, Police Spokesperson Lt. Col. Amer Sartawi said.

    A second man was also injured during the incident and was rushed to hospital for treatment, Sartawi told The Jordan Times.

    “Police were able to arrest the suspect and seized a weapon that we believed was used in the shooting incident,” Sartawi added.

    The police official did not reveal the cause of the brawl that led to the shooting incident.

    A medical source told The Jordan Times that the victim was killed “from a single bullet wound to the stomach”.

    “The second man who was injured in the incident is in the Intensive Care Unit listed in critical condition,” according to the medical source.

    The victim’s body was transferred to the Irbid National Institute of Forensic Medicine for an autopsy, the senior medical source said.

    An official source said that the Criminal Court prosecution’s office was notified about the shooting incident and that witnesses have been summoned for questioning.

    Investigators also sent the weapon seized at the crime scene to the Forensic and Laboratory department for further analysis and a ballistic match, according to the official source.

    The suspect was ordered detained at a correctional and rehabilitation center pending further investigations into the incident.

    Sartawi said investigations are ongoing into the incident.

    JORDAN TIMES

  • Penyelam jumpa beg Aina Husna

    CHUKAI — Sebuah beg sandang milik Aina Husna Mohamad Mohamad Husaini, 24, mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot karam dilanggar sebuah tongkang ditemui pasukan penyelamat.

    Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman, Muhamad Faisal Abdul Rahim berkata, beg sandang berwarna hitam itu ditemui pasukan penyelam di dasar laut.

    Menurutnya, beg sandang itu ditemui pasukan penyelam yang membuat selaman pada kedalaman kira 30 meter.

    “Barang itu telah disahkan bakal tunang Aina Husna, Muhammad Nor Iqbar Shaharuddin,27, serta tekong bot, Saipul Ridzuan Osman,50.

    “Ia mengandungi beberapa barangan peribadi mangsa termasuk lampu kepala, dua buah lampu suluh, kipas tangan, segugus kunci dan pengecas telefon.

    “Selepas selaman dilakukan pada lokasi kedua pada kedalaman dalam jarak kira-kira 120 meter dari lokasi kejadian, kita menemui barang itu secara berasingan namun kita gagal menemui bangkai bot, ” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Zon Maritim Kemaman, petang tadi.

    Selain itu, Muhamad Faisal berkata, pasukan penyelam menemui sebatang kayu cota dan sebuah pinggan milik tekong bot.

    “Operasi selaman yang kita lakukan pada hari ini berpandukan pada lokasi yang ditunjukkan tekong bot yang menggunakan bot dilengkapi teknologi ‘sounder’ untuk mengesan objek dan lokasi kejadian, ” katanya.

    Beliau berkata, sembilan penyelam dari Skuadron Selam, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia terbabit dalam pencarian itu.

    “Pasukan penyelam turut berdepan kesukaran berbanding selaman hari pertama semalam berikutan dasar laut berarus deras.

    “Biarpun keadaan cuaca yang baik namun jarak penglihatan yang sangat terhad,” katanya.

    Sementara itu, Muhammad Nor Iqbar berkata, dia sangat yakin beg sandang yang ditemui pasukan penyelamat milik Aina Husna.

    “Saya yang meletakkan kesemua barangan itu dalam beg sandang itu sebelum dia bertolak ke Kemaman pada sabtu, ” katanya.

    Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi, bot naiki sembilan pemancing termasuk dua tekong yang berlabuh dilokasi kejadian dilanggar sebuah tongkang yang menyebabkan dua mangsa iaitu Siti Zamimah Mohman Zobini, 29, yang berasal dari Selayang, Selangor dan tekong tempatan, Shahril Ismail, 50, meninggal dunia.

    Selain Aina Husna, Yusof Kassam, 66, masih belum ditemui sementara lima lagi mangsa berjaya diselamatkan.

    BH ONLINE

  • ‘Timbullah Una…baliklah kami rindu’

    CHUKAI — “Timbullah Una, baliklah Una kami semua merindui kamu,” kata Ain Farhana Mohamad Husani sambil menangis dan mengharapkan adiknya, Aina Husna Mohamad Husani, 25, masih hilang dalam tragedi bot karam dilanggar sebuah tongkang, Ahad lalu, segera ditemui.

    Ain Farhana, 30, berkata, dia sangat berharap adiknya yang juga anak kelima daripada tujuh beradik itu ditemui dalam keadaan selamat.

    “Baliklah una, mak dan ayah sudah lama berada di sini menunggu kepulangan kamu. Aku dah panggil kamu dari semalam, mungkin kamu tak dengar.

    “Kawan-kawan kamu juga datang dari jauh merindui dan ingin melihat wajah kamu,” katanya ketika ditemui di jeti Maritim Malaysia Kemaman, hari ini.

    Ain Farhan berkata, dia dan keluarga turut berharap supaya pasukan penyelamat tidak berputus asa dan terus mencari Aina Husna.

    “Saya nak sangat berjumpa dengan dia (Aina Husna), dah empat hari saya menunggunya dan pada firasat saya dia masih hidup. Teruskan usaha mencari adik, saya sangat menghargainya, ” katanya.

    Menurut Ain Farhan, anak saudaranya, Angle Naura Ogochukwu, dua tahun turut merindui Aina Husna.

    “Angle adalah anak kakak kami yang sulong dan dia sangat rapat dengan Aina Husna. Begitu juga Aina Husna amat sayang dan suka bermanja dengan anak saudaranya itu,” katanya.

    Selain Aina Husna, Yusoff Kassam, 66, juga belum ditemui.

    BH ONLINE

  • Polis cederakan OKU sudah dikenakan tindakan tatatertib – KPN

    KUALA LUMPUR — Anggota polis yang disyaki mencederakan pemandu e-hailing Orang Kelainan Upaya (OKU) di St Regis, pada 28 Mei lalu, kini sedang dikenakan tindakan tatatertib.

    Tindakan itu dilaksanakan serta-merta susulan siasatan dalaman yang dijalankan oleh pihak Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) awal Jun lalu.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mana-mana anggota yang melakukan kesalahan tatatertib itu berhadapan dengan pelbagai tindakan seperti amaran, tahan kenaikan gaji, gantung kerja dan diturunkan pangkat.

    “Tindakan terhadap anggota yang melakukan kesalahan ini sudah dilaksanakan pada peringkat awal lagi sebaik pihak JIPS selesai menjalankan siasatan dalaman.

    “Selain itu, siasatan terhadapnya juga turut dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan,” katanya kepada BH, hari ini.

    Razarudin turut menegaskan seperti yang sering dinyatakan sebelum ini bahawa pihaknya tidak pernah melindungi mana-mana pegawai atau anggota polis yang melakukan apa juga kesalahan.

    Beliau mengulas perkara itu susulan kenyataan peguam N Surendran, yang mewakili mangsa pemandu e-hailing OKU, Ong Ing Keong, 48, yang mempersoalkan tindakan oleh pihak polis dan pejabat Peguam Negara dalam kes berkenaan.

    Surendran berkata, selepas lebih dua bulan, tiada sebarang tindakan dilakukan terhadap suspek yang disyaki mencederakan Ing Keong.

    Dia juga turut mendakwa sudah mengajukan persoalan sama kepada Peguam Negara, namun tiada sebarang maklum balas yang diterima.

    Dalam kejadian itu, Ing Keong, membuat laporan polis dicederakan juruiring kepada orang kenamaan semasa dia sedang berhenti untuk mengambil penumpang di Hotel St Regis, KL Sentral, di sini.

    Seminggu selepas kejadian iaitu pada 5 Jun lalu, Razarudin mengesahkan bahawa polis sudah melengkapkan kertas siasatan serta sudah merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR)untuk tindakan selanjutnya.

    Kertas siasatan telah di hantar semula ke pejabat TPR selepas mendapat arahan siasatan lanjut pada 22 Julai lalu.

    BH ONLINE

  • Imigresen Melaka selamatkan 36 warga Bangladesh `dikurung’ 15 hari

    MELAKA — Jabatan Imigresen Melaka menyelamatkan 36 warga Bangladesh yang ‘dikurung’ tanpa diberi sebarang pekerjaan oleh majikan sejak 15 hari lalu di sebuah rumah penampungan di daerah Melaka Tengah, di sini, semalam.

    Pengarah Imigresen Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata lebih mengejutkan pemeriksaan mendapati semua mereka terpaksa tinggal berhimpit di dalam premis sempit dan kotor.

    Menurutnya, operasi penguat kuasaan itu dijalankan bermula kira-kira 10.30 pagi semalam hingga jam 2 pagi tadi oleh 17 pegawai penguat kuasa hasil maklumat awam.

    Katanya, operasi bertujuan mengesan dan membanteras kebanjiran warga asing khususnya pendatang tanpa izin (PATI) dan mengesan mana-mana individu yang cuba melindungi dengan mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada mereka.

    “Ketika serbuan di tempat penampungan pekerja warga asing itu, semua 36 warga Bangladesh sedang nyenyak tidur dan tidak menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

    “Semua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen atau pas yang sah apabila diminta dan ditahan atas kesalahan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

    “Hasil pemeriksaan kita juga dapati pihak majikan gagal menyediakan kelengkapan asas tempat tinggal dan keadaan tempat terlalu sempit dan kotor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Anirwan Fauzee berkata hasil soal tanya seorang daripada warga asing itu memberitahu mereka tinggal di lokasi selama 15 hari dan tidak diberikan sebarang pekerjaan majikan.

    “Jadi kita turut keluarkan dua saman saksi kepada wakil majikan untuk membantu siasatan,” katanya.

    Mengulas lanjut Anirwarn Fauzee berkata, sepanjang operasi beberapa lokasi lain yang disyaki menjadi penempatan warga asing sekitar Melaka Tengah, Jasin dan Alor gajah turut diperiksa.

    Katanya, ia meliputi kawasan pembinaan, pusat mencuci kenderaan dan beberapa rumah yang diduduki oleh warga asing terdiri daripada warga Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Myanmar dan Nepal.

    “Keseluruhannya kita memeriksa seramai 85 warga asing serta warganegara Malaysia dalam operasi ini manakala 60 warga asing berusia 25 hingga 40 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

    “Mereka terdiri daripada enam warga Indonesia, Pakistan (empat), Nepal (dua), Myanmar (enam) dan 42 Bangladesh (termasuk 36 di rumah penampungan).

    “Kesalahan dilakukan termasuk tiada sebarang dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di negara ini selepas pas tamat dan lain-lain kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) / Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” katanya.

    BH ONLINE

  • Warga emas rentung terperangkap dalam kebakaran di Tanah Merah

    TANAH MERAH — Seorang lelaki warga emas ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah dua tingkat di Taman Mas Merah, di sini, pagi tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman berkata mayat rentung warga emas berusia sekitar 70an itu ditemui di bilik belakang tingkat bawah.

    Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.59 pagi sebelum menggerakkan 13 pegawai dan anggota termasuk dari BBP Kemahang ke lokasi kejadian.

    “Kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat separuh kekal dengan tingkat atas adalah berstruktur kayu.

    “Difahamkan ketika kejadian, warga emas itu sedang tidur sebelum terperangkap dan rentung dalam kebakaran,” katanya ketika dihubungi, di sini.

    Mohd Zulkifli berkata mayat berkenaan diserahkan kepada polis, sebelum dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

    Katanya, kebakaran dapat dikawal jam 12.29 tengah hari.

    “Kemusnahan adalah 70 peratus manakala punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

    BH ONLINE

  • Guan Eng, anak tak pernah buat aduan polis, SKMM berkaitan dakwaan Papagomo

    KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan anaknya, Clint Lim Way Chau mengaku tidak pernah membuat laporan polis atau aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengenai dakwaan oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang menyatakan mereka berdua ditahan di Singapura kerana membawa masuk wang tunai RM2 juta pada 29 Februari 2020 tanpa sebarang deklarasi.

    Guan Eng dan Clint membuat pengakuan tersebut di Mahkamah Tinggi disini hari ini ketika menjawab soal balas oleh peguam Logan Iskandar Abdullah yang mewakili Wan Muhammad Azri.

    Clint memberitahu mahkamah dia tidak membuat sebarang laporan polis atau aduan kepada SKMM kerana ketika itu dia berada di Singapura dan menyerahkan perkara itu kepada bapanya, Guan Eng.

    Ketika ditanya samada laman Facebook yang didakwa memfitnah mereka ada tertera nama Papagomo, Clint mengaku laman media sosial yang dirujuk tidak tertulis nama Papagomo.

    Clint juga bersetuju laman media sosial itu dinyatakan sebagai Official FanPage Papa Azri.

    Ditanya samada dia ada menerima laporan dari SKMM mengenai siapa pengendali laman media sosial itu, Clint berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada bapanya, Guan Eng dan beliau tidak pernah mendapat laporan berkenaan.

    Logan berkata dalam kenyataan saksinya, Clint mengakui Guan Eng berada di Malaysia pada hari Wan Muhammad Azri mendakwa bapanya berada di Singapura untuk membantunya mengenai kes itu.

    Ketika ditanya samada Clint mempunyai bukti dokumentasi mengenai keberadaan bapanya pada tarikh tersebut, Clint berkata dia tidak ada sebarang bukti dokumentasi sebaliknya, ketika itu kerajaan Malaysia melalui krisis politik dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu berada di Kuala Lumpur.

    Clint juga mengakui dia tidak berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada hari Wan Muhammad Azri mendakwa dia ditahan kerana membawa masuk wang tunai RM2 juta ke Singapura.

    “Saya memasuki Singapura selepas sambutan Tahun Baru Cina sekitar 20 Februari 2020. Pada hari kejadian yang didakwa berlaku, seingat saya ialah pada hari Sabtu. Saya tidak bekerja hari itu, saya berada di rumah dan keluar bersama dua rakan saya termasuk teman wanita saya yang kini isteri saya, Tan Eileen,” katanya.

    Perbicaraan dihadapan Hakim Eddie Yeo Soon Chye akan bersambung esok dengan dua saksi wartawan akan dipanggil.

    Guan Eng dan Clint yang diwakili peguam Simon Murali hadir pada bicara kes saman fitnah mereka terhadap Wan Muhammad Azri.

    Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta daripada Azri, yang sebelum ini menafikan dia penulis blog dengan nama Papagomo.

    Guan Eng mendakwa Wan Muhammad Azri membuat kenyataan fitnah dengan mendakwa Clint ditahan di Singapura dengan wang tunai RM2 juta dan beliau terpaksa ke Singapura untuk selamatkan anaknya itu.

    BH ONLINE