Category: BERITA

  • ‘Cikgu Fadilah’ buat laporan polis, tak puas hati video ‘aib’ tersebar

    ALOR GAJAH – Cikgu Fadilah, guru sekolah yang semalam didenda atas kesalahan cuba melakukan perbuatan tidak bermoral dengan ‘Abang Wiring’, membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati apabila mendapati video berkaitan mereka tersebar.

    Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah ketika mengesahkan menerima laporan itu pada 24 Mei lalu, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang.

    “Wanita itu tidak berpuas hati apabila mendapati video dirinya tersebar dan polis turut membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    “Polis sudah memeriksa telefon bimbit guru terbabit dan ‘Abang Wiring’, namun tidak menjumpai video yang dimaksudkan yang dipercayai sudah dipadamkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

    Semalam, juruelektrik dikenali ‘Abang Wiring’ atau nama sebenar, Muhammad Hairul Ezuan Hamzah dan Cikgu Fadilah atau nama sebenar, Nur Fadilah Zainal mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di Ayer Keroh terhadap pertuduhan cubaan melakukan persetubuhan haram.

    Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar ke atas kedua-dua mereka yang berusia 31 tahun.

    Dalam pada itu, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, menjelaskan guru sekolah menengah itu kini ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) dan tidak dipindahkan ke sekolah lain.

    “Tukar tugas ke Jabatan Pendidikan Negeri buat masa ini,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

    BH ONLINE

  • Tiga maut bas ekspres bertembung kereta

    KUALA KRAI – Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung Sungai Sam, di sini, pagi tadi.

    Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, pemandu bas ekspres dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, berkata pihaknya tiba di lokasi kejadian jam 11.55 pagi.

    “Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati berlaku kemalangan membabitkan pertembungan sebuah bas ekspres dan kereta Perodua Myvi.

    “Terdapat tiga mangsa iaitu satu lelaki dan dua wanita dewasa tersepit dalam Perodua Myvi dipercayai meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis.

    “Manakala pemandu bas mengalami kecederaan ringan. Kita menggunakan alat khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.

    Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat ketika dihubungi mengesahkan tiga maut dan maklumat terperinci akan diberikan.

    BH ONLINE

  • Long Tiger rogol isteri orang dijel 12 tahun, 5 sebatan

    MUAR – “Kalau ambil gambar aku baling selipar,” demikian ugutan lelaki etnik Rohingya yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana didapati bersalah merogol wanita berstatus isteri orang empat tahun lalu.

    Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu terhadap Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 36, selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dihadapinya.

    Dalam penghakimannya, Irwan berkata, alasan keputusan ini ialah mahkamah mendapati pembelaan daripada tertuduh lebih kepada bersifat penafian semata-mata.

    “Malah, pembelaan dibuat tertuduh juga tidak dapat menyangkal kes prima facie pihak pendakwaan.

    “Selepas mendengar hujahan lisan dan bertulis yang difailkan oleh kedua-dua pihak, mahkamah dalam kes ini memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

    “Selain itu, mahkamah mendapati bahawa keterangan daripada isteri tertuduh yang juga saksi pembelaan ke-11 (SP11) lebih kepada rekaan semata-mata dan tidak boleh dipercayai,” hujahnya.

    Sepanjang perbicaraan berlangsung, pihak pendakwaan memanggil tujuh saksi.

    Mengikut pertuduhan, Long Tiger didakwa merogol wanita berusia 19 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir, Tangkak antara 1 tengah hari dan 2.05 petang, 26 September 2019.

    Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Arif Marzuki mencadangkan mahkamah mengambil kira kepentingan awam serta kesalahan dilakukan tertuduh sangat serius hingga meninggalkan kesan trauma.

    “Lebih menjijikkan apabila tertuduh merogol mangsa yang baru beberapa hari mengalami keguguran. Mangsa adalah pekerjanya hingga sanggup diperlakukan sedemikian.” hujahnya.

    Pada prosiding itu, mahkamah memutuskan hukuman penjara dikenakan ke atas Long Tiger berkuatkuasa dari tarikh ditangkap, 7 Ogos 2021.

    Ketika ini, Long Tiger sedang menjalani hukuman penjara empat tahun yang diputuskan Mahkamah Majistret Tangkak, tahun lalu atas kesalahan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

    Ini bermakna, bapa dua anak itu perlu menjalani hukuman mengikut Seksyen 388 terlebih dahulu dan diikuti Seksyen 376 (1).

    Pada 20 Januari lalu 2022, Long Tiger dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh mahkamah sama kerana melarikan diri daripada tahanan pada jam 11.55 pagi, pada 15 Disember 2021.

    Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau keduanya sekali.

    Selain itu, Mahkamah Tinggi Muar pada 1 Jun 2022 membatalkan perintah melepas tanpa membebaskan Long Tigeryang dibuat oleh Mahkamah Majistret Tangkak pada 17 Mei.

    Perintah itu dibuat selepas mahkamah mendapati terdapat kekhilafan sewaktu perintah berkenaan dikeluarkan bagi tuduhan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

    BH ONLINE

  • Sindiket MBI: PDRM beku aset RM3.8 bilion

    KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini membekukan RM3.8 bilion aset skim penipuan pelaburan MBI International Group (MBI).

    Terbaru, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menyita dan membekukan empat kapal layar dan tiga bot penumpang mewah bernilai RM36.3 juta, 477 hartanah (anggaran RM150 juta), empat kondominium (anggaran RM12 juta), 37 akaun bank (RM328,088,127.11).

    Turut disita wang ringgit (RM283,070), tiga kenderaan mewah (RM637,100), dua jam tangan mewah (RM160,000) dan lima telefon bimbit serta beberapa dokumen dengan jumlah pembekuan dan penyitaan dianggarkan RM527,468,297.11.

    Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Muhammed Hasbullah Ali, berkata sitaan dan pembekuan itu hasil tangkapan tiga lagi individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dalam operasi bermula 1 hingga 17 Mei itu.

    Katanya, tangkapan terbaru dalam Op Northern Star itu, seramai tiga kenamaan bergelar Tan Sri ditahan.

    “Dalam operasi ini, Pasukan AMLA Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman juga turut menyita lima buah perniagaan di bawah Seksyen 52(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613). Ia terdiri daripada syarikat pengurusan ladang durian, syarikat pemaju dan hotel.

    “Jumlah keseluruhan penyitaan perniagaan adalah sebanyak lapan buah syarikat dan sehingga kini, jumlah keseluruhan pembekuan dan penyitaan dianggarkan adalah sebanyak RM3,818,536,857.20,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

    Op Northern Star siri kedua dilancarkan pada 18 hingga 21 April lalu di sekitar Lembah Klang dan utara Semenanjung.

    Menerusi operasi itu, lima individu ditahan termasuk seorang lagi bergelar Tan Sri serta seorang bergelar Datuk Seri, dipercayai terbabit dalam sindiket pelaburan ponzi di sebuah negara jiran.

    Antara aset yang dibekukan dan disita hasil operasi ialah tiga dusun durian seluas 363 hektar di Raub, Pahang; Jawi, Pulau Pinang dan Tasek, Kedah, dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM223.6 juta.

    Aset terbabit dipercayai hasil perolehan haram membabitkan skim pelaburan berasaskan skim ponzi yang disasarkan kepada mangsa tempatan dan luar negara menerusi tawaran pulangan tidak munasabah.

    Mengulas lanjut, Muhammed Hasbullah berkata, ketiga-tiga individu itu ditahan di sekitar ibu negara dan Kuala Lumpur.

    Katanya, kesemua mereka mempunyai syarikat perniagaan yang sah termasuklah syarikat dalam senaraian awam, namun dikesan terbabit dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang ini.

    “Aset-aset yang dirampas ini kita lihat adalah bertujuan untuk kegunaan peribadi sahaja dan kemungkinan tidak digunakan untuk tujuan lain,” katanya.

    Muhammed Hasbullah berkata polis ketika ini sedang melihat kemungkinan ada pembabitan individu-individu berprofil tinggi termasuk ahli politik.

    “Pasukan AMLA akan sentiasa komited untuk terus menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang disyaki terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam menyimpan, memindah, menggunakan, atau membawa masuk dan keluar dari Malaysia wang hasil daripada aktiviti haram yang menyalahi undang-undang,” katanya.

    BH ONLINE

  • Bekas Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili dipenjara 20 bulan, terima suapan RM10,000

    JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan ke atas bekas Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili, Johor bagi kesalahan menerima suapan berjumlah RM10,000, lima tahun lalu.

    Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menjatuhkan hukuman itu berkuat kuasa hari ini, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh, Mohd Zulfadli Nayan, 44, melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan.

    “Setelah mendengar dan menimbangkan semua keterangan yang dikemukakan, mahkamah berpendapat tertuduh telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

    “Mahkamah memutuskan tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan,” hujah beliau dalam penghakimannya.

    Sebelum hukuman dijatuhkan, Peguam Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda berbanding penjara atas alasan anak guamnya mempunyai empat anak berusia antara tiga hingga 11 tahun.

    Beliau memberitahu mahkamah bahawa penjawat awam itu ditahan kerja sejak 23 Mei 2021 dan sepanjang tempoh itu, dia hanya bekerja sebagai pemandu e-hailing dan membuat kerja pendawaian elektrik dengan gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan bergantung permintaan pelanggan dan kesihatannya.

    “Tertuduh ada sakit gout, migrain yang serius dan gastrik yang mana dia mengambil ubat-ubatan secara berkala,” katanya.

    Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zander Lim Wai Keong memohon hukuman setimpal bukan sahaja untuk kepentingan awam, tetapi sebagai bukti mahkamah mengecam perbuatan rasuah.

    “Sebagai pegawai kanan persekutuan, tertuduh perlu memastikan perundangan dilaksanakan dan keselamatan perairan terpelihara, tetapi dia bersetuju menerima RM10,000 daripada ejen kapal yang jelas bertentangan dengan tanggungjawabnya serta mencemarkan imej Maritim Malaysia,” katanya.

    Selepas hukuman dijatuhkan, Mohd Fazaly Ali kemudian memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu memandangkan pihaknya akan memfailkan rayuan, hari ini, bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan permohonan penangguhan itu.

    Pada 23 Mei 2021, tertuduh yang kini digantung tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Hubungan dan Koordinasi Antarabangsa Ibu Pejabat Maritim Malaysia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dihadapinya.

    Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Zulfadli didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM10,000 daripada pemilik syarikat perkapalan, Wan Mohd Fauzi Wan Kamaruddin di sebuah restoran di Jalan Yahya Awal di sini, jam 10 malam, 2 Oktober 2020.

    Mohd Zulfadli didakwa menggunakan jawatannya ketika itu untuk tidak mengambil tindakan terhadap siasatan kapal MT Singa Gangsa milik Alamgala Resources Sdn Bhd yang ditahan KM Mulia, Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili pada 17 September 2020.

    Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Pada 18 Disember 2024, Ahmad Kamal Arifin memerintahkan tertuduh membela diri bagi pertuduhan dihadapinya itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

    Seramai 16 saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang prosiding perbicaraan, manakala pihak pembelaan mengemukakan empat saksi ketika prosiding bela diri yang berjalan awal tahun ini.

    BH ONLINE

  • Buku ‘Becoming Hannah’: Hannah Yeoh menang saman fitnah, Kamarul Zaman diperintah bayar RM400,000

    KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff membayar ganti rugi RM400,000 kepada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berhubung dua hantaran fitnah dalam laman sosial Facebook, lapan tahun lalu.

    Hakim Datuk Aliza Sulaiman memutuskan demikian selepas membenarkan saman fitnah yang dikemukakan Hannah terhadap Dr Kamarul Zaman selain mendapati Menteri Belia dan Sukan itu berjaya membuktikan kesnya.

    Bagaimanapun semasa prosiding, Dr Kamarul Zaman tidak hadir ke mahkamah.

    Berdasarkan saman yang difailkan pada 2022, Hannah selaku plaintif berkata Kamarul Zaman memuat naik dua hantaran Facebook antara 10 Mei dan 17 Mei 2017, iaitu beliau mendakwa bahawa plaintif mempunyai motif untuk menyebarkan Kristian menerusi politiknya.

    Pensyarah itu turut memetik biografi Hannah “Becoming Hannah: A Personal Journey” bagi memacu agenda Kristian dan turut mendakwa beliau berniat untuk mengubah Malaysia menjadi negara Kristian.

    Dalam kenyataan pembelaannya, Kamarul Zaman berkata, kedua-dua hantaran Facebooknya tidak berunsur fitnah dan mempunyai alasan yang kuat.

    “Sebagai seorang pensyarah dan seorang Muslim, saya mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kandungan buku itu memandangkan saya bimbang mereka mungkin terpengaruh dengan Kristian dan sebagai seorang penganalisis politik, saya mempunyai hak untuk mengulas mengenai isu politik di Malaysia.

    Sementara itu, Hannah dalam keterangannya semasa perbicaraan memberitahu bahawa bukunya bertajuk ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ diulang cetak sebanyak 18 kali dan tidak pernah diharamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN)

    Hannah berkata, buku itu adalah autobiografi mengenai kehidupannya termasuk pengalaman peribadi dan pembabitan dalam politik.

    “Tiada bukti bahawa mana-mana orang Islam terpesong akidah dengan membaca buku berkenaan dan perkara itu disahkan oleh pemimpin Islam di negara ini,” katanya.

    Justeru beliau juga menegaskan, hantaran-hantaran Facebook Kamarul Zaman antara 10 Mei dan 17 Mei 2017 jelas berniat untuk menyinggung perasaan, menghina dan memfitnahnya.

    BH ONLINE

  • Ukrainian drones damage hospital, homes in Russia’s Kursk, official says

    May 30 – Ukrainian drones launched a night-time attack on Russia’s western Kursk region, damaging a hospital and apartment buildings and injuring at least one person, the regional governor said early on Friday.

    Across the border in Ukraine’s Sumy region, the regional governor reported fresh fighting in villages near the border where Russia has been seizing territory. He said various areas in his region were constantly changing hands.

    Russian President Vladimir Putin has said he wants to create a buffer zone in Sumy, which was used to help launch Ukraine’s incursion into Kursk last year.

    In the Kursk region, where Russia’s military says Ukrainian forces who staged the incursion last August have been ejected, Governor Alexander Khinshtein said Ukrainian drones swarmed the main town, also called Kursk.

    “Drone fragments damaged the No. 1 city hospital in Kursk. Windows were smashed. Fortunately, no patients were injured,” Khinshtein wrote on the Telegram messaging app. “Falling drone fragments have also damaged high-rise apartment buildings.”

    Ukraine’s military says its forces remain active in small areas of Kursk region.

    Authorities in Sumy region, under constant Russian attack for months, acknowledged this week that Russian forces were in control of at least four villages near the border.

    “Active battles continue in certain border areas, notably around the settlements of Khotyn and Yunakivka,” Governor Oleh Hryhorov wrote on Facebook.

    “The situation on the line of contact is constantly changing. In some places, we hold the initiative, in others the enemy is proving to be active.”

    Russia’s Defence Ministry on Thursday said its forces had captured three more villages as it slowly advances through parts of eastern Ukraine.
    These were Stroivka in northeastern Kharkiv region, where Moscow has long been applying pressure, and Shevchenko Pershe and Hnativka near the town of Pokrovsk, the focal point of Russia’s westward drive for months.

    Ukrainian military reports have made no acknowledgement of any of the three villages coming under Russian control. A statement on Thursday evening said Russian forces had launched 53 attacks over 24 hours near Pokrovsk.

    REUTERS

  • Pemilik akaun TikTok kata Rosmah ada ilmu hitam diarah bayar ganti rugi

    KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi akan menentukan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh seorang pemilik akaun TikTok kepada Datin Seri Rosmah Mansor kerana didapati bertanggungjawab memfitnah isteri bekas perdana menteri itu mengamalkan ilmu hitam, pada 8 Julai ini.

    Ia berikutan Rosmah berjaya memperoleh penghakiman ingkar daripada Mahkamah Tinggi terhadap Ku Muhammad Hilmie Ku Din, 35, yang dinamakan selaku defendan pada 28 Mei tahun lalu.

    Defendan ketika itu gagal memasukkan memorandum kehadiran untuk menjawab saman berkenaan pada tarikh ditetapkan.

    Tarikh keputusan ganti rugi itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh semasa pendengaran untuk taksiran ganti rugi secara sidang video menerusi aplikasi Zoom hari ini.

    Peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Rosmah memberitahu media hari ini pendengaran untuk taksiran ganti rugi telah ditetapkan hari ini dan pihaknya telah memfailkan hujahan bagi tujuan pendengaran.

    “Ketika pendengaran, mahkamah telah membangkitkan persoalan undang-undang di mana seorang lagi peguam plaintif, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff telah memohon satu tarikh singkat untuk memfailkan hujahan ringkas bagi menjawab persoalan undang-undang yang dibangkitkan.

    “Hujahan perlu difailkan dalam masa dua minggu dan keputusan taksiran ganti rugi ditetapkan pada 8 Julai 2025,” katanya ketika dihubungi BH.

    Rosmah, yang memfailkan saman itu pada 19 September 2023, mendakwa Ku Muhammad Hilmie memuat naik satu rakaman video di akaun TikTok milik defendan yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah dan tidak benar terhadapnya pada 22 Mac 2023.

    Rosmah mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau melakukan perbuatan berdosa, dikaitkan dengan aktiviti membabitkan syaitan, bomoh serta seorang individu yang jahat dan mengamalkan perbuatan syirik.

    Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu memprejudiskan reputasinya selaku isteri Perdana Menteri Malaysia keenam dan penaung badan-badan amal di negara ini yang dikenali umum.

    Katanya, akibat kenyataan fitnah itu, beliau dipandang serong oleh orang awam, dicemuh dan dihina sekali gus mencemarkan reputasinya selaku figura yang dikenali oleh masyarakat umum.

    Sehubungan itu, Rosmah menuntut antara lain ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

    BH ONLINE

  • Australia mula bersih selepas banjir mengorbankan 5, merosakkan 10,000 hartanah

    SYDNEY, 24 Mei – Pihak berkuasa Australia memulakan usaha pembersihan pada Sabtu selepas banjir meragut lima nyawa dan menggenangi lebih 10,000 hartanah di tenggara negara itu.

    Agensi perkhidmatan kecemasan New South Wales berkata penilaian kerosakan sedang dijalankan di negeri itu untuk wilayah pantai tengah-utara selepas banjir yang memusnahkan pekan, menghanyutkan ternakan dan memusnahkan rumah minggu ini.

    “Anggaran awal menunjukkan sekurang-kurangnya 10,000 hartanah mungkin telah rosak berikutan banjir yang dicatatkan,” kata agensi itu dalam satu kenyataan. Keadaan telah bertambah baik sejak Jumaat di kawasan yang terjejas di negeri paling ramai penduduk di Australia, katanya.

    Walaupun begitu, ratusan penduduk yang dilanda banjir masih berada di pusat pemindahan, kata pesuruhjaya Perkhidmatan Kecemasan Negeri Mike Wassing pada sidang media di Sydney, dengan 52 penyelamatan banjir dibuat semalaman.

    Kematian terbaharu berkaitan banjir ialah seorang lelaki berusia 80-an, yang mayatnya ditemui di sebuah hartanah dilanda banjir kira-kira 50 km (31 batu) dari Taree, salah satu pekan yang paling teruk dilanda banjir, kata polis.

    Perdana Menteri Anthony Albanese, yang terpaksa membatalkan perjalanan ke Taree pada Jumaat akibat banjir, berkata ia “sangat menyedihkan untuk mendengar berita tentang lebih banyak kehilangan nyawa”.

    “Semua fikiran kami adalah dengan orang tersayangnya dan masyarakat pada masa ini,” kata Albanese dalam satu kenyataan.

    Banjir itu, yang dicetuskan oleh hujan tidak henti-henti berhari-hari, menenggelamkan persimpangan dan papan tanda jalan di pekan pantai tengah-utara dan menutup kereta sehingga ke cermin depan, selepas air yang naik deras memecah tebing sungai. Pada kemuncaknya, banjir mengasingkan sekitar 50,000 orang.

    Australia telah dilanda peristiwa cuaca lebih ekstrem yang dikatakan oleh beberapa pakar adalah akibat perubahan iklim. Selepas kemarau dan kebakaran belukar yang memusnahkan pada penghujung dekad lalu, banjir yang kerap telah mendatangkan malapetaka sejak awal 2021.

    REUTERS

  • 2 warga China maut dalam kemalangan di LPT

    KUANTAN – Dua warga China maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 234.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuantan, di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu, berkata mereka yang meninggal dunia dikenali Zhengtai dan Chunhua.

    Katanya, berdasarkan laporan, kemalangan itu membabitkan sebuah Mercedes Benz dinaiki tiga warga China dan sebuah Nissan X-Trail yang dipandu wanita tempatan bersama empat penumpang pada jam 2 petang.

    “Siasatan mendapati Nissan X-Trail dari arah Kuala Lumpur menghala ke arah Kuantan.

    “Setibanya di tempat kejadian, Nissan X-Trail sedang bergerak lurus di lorong kanan, tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelah kanan sebelum terhenti di lorong kiri.

    “Pada masa sama, Mercedes Benz yang dinaiki tiga warga China gagal mengelak lalu terlanggar Nissan X-Trail yang berada di lorong kiri itu.

    “Akibat kemalangan itu, dua warga China itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan.

    “Pemandu dan empat penumpang Nissan X-Trail yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini,” katanya.

    Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    BH ONLINE

  • Datuk Bandar Kyiv berkata dron Rusia, peluru berpandu cetus kebakaran, mencederakan lapan

    24 Mei – Rusia menyerang ibu kota Ukraine, Kyiv pada awal Sabtu dengan menggunakan dron dan peluru berpandu, mencetuskan kebakaran, menabur serpihan di daerah di bandar dan mencederakan sekurang-kurangnya lapan orang, kata datuk bandar itu.

    Saksi Reuters melihat dan mendengar gelombang dron yang terbang di atas Kyiv, dan beberapa siri letupan menggemparkan bandar itu.

    Datuk Bandar Vitali Klitschko berkata dua penduduk memerlukan rawatan hospital dan unit pertahanan udara sedang beraksi.

    Klitschko berkata serpihan daripada satu dron melanda tingkat atas sebuah bangunan pangsapuri di daerah Solomyanskyi di tebing barat Sungai Dnipro, yang membelah bandar itu. Satu bangunan pangsapuri terbakar di kawasan itu begitu juga sebuah bangunan bukan kediaman.

    Timur Tkachenko, ketua pentadbiran tentera Kyiv, berkata kebakaran juga telah berlaku di dua tingkat bangunan pangsapuri di daerah Dniprovskyi di tebing bertentangan.

    Pegawai juga melaporkan kebakaran di Obolon di pinggir bandar utara bandar itu dan serpihan jatuh di pusat beli-belah di kawasan yang sama. Mereka berkata serpihan dron mencecah tanah di beberapa kawasan kejiranan lain yang terpisah secara meluas.

    Amaran udara kekal berkuat kuasa lebih dua jam selepas ia pertama kali diisytiharkan.

    Serangan semalaman itu menyusuli beberapa hari serangan dron Ukraine – kira-kira 800 serangan – ke atas sasaran di dalam Rusia, termasuk ibu kota Moscow.

    Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov telah berikrar pada Jumaat untuk bertindak balas terhadap serangan tersebut.

    REUTERS

  • Telegram ‘terkejut’ apabila Vietnam mengarahkan aplikasi pemesejan disekat

    HANOI, 23 Mei – Kementerian teknologi Vietnam mengarahkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi menyekat aplikasi pemesejan Telegram kerana tidak bekerjasama dalam memerangi dakwaan jenayah yang dilakukan oleh penggunanya, dalam satu langkah yang menurut Telegram mengejutkan.

    Dalam dokumen bertarikh 21 Mei dan ditandatangani oleh timbalan ketua jabatan telekomunikasi di kementerian teknologi, syarikat telekomunikasi diarah mengambil langkah menyekat Telegram dan melaporkannya kepada kementerian menjelang 2 Jun.

    Kementerian itu bertindak bagi pihak jabatan keselamatan siber negara itu selepas polis melaporkan 68% daripada 9,600 saluran dan kumpulan Telegram di Vietnam melanggar undang-undang, memetik penipuan, pengedaran dadah dan “kes yang disyaki berkaitan dengan keganasan” antara aktiviti haram yang dijalankan melalui aplikasi itu, kata dokumen yang dilihat oleh Reuters.

    Kementerian meminta penyedia perkhidmatan telekomunikasi “untuk menggunakan penyelesaian dan langkah untuk menghalang aktiviti Telegram di Vietnam,” kata dokumen itu.

    Selepas penerbitan artikel Reuters, kerajaan mengesahkan langkah terhadap Telegram di portal webnya.

    “Telegram terkejut dengan kenyataan itu,” kata wakil syarikat kepada Reuters pada Jumaat.

    “Kami telah menjawab permintaan undang-undang dari Vietnam tepat pada masanya. Pagi ini, kami menerima notis rasmi daripada Pihak Berkuasa Komunikasi mengenai prosedur pemberitahuan perkhidmatan standard yang diperlukan di bawah peraturan telekomunikasi baharu. Tarikh akhir untuk maklum balas ialah 27 Mei, dan kami sedang memproses permintaan itu,” kata wakil Telegram itu.

    Seorang pegawai kementerian teknologi berkata, langkah itu susulan kegagalan Telegram berkongsi data pengguna dengan kerajaan apabila ditanya sebagai sebahagian daripada siasatan jenayah.

    Polis Vietnam dan saluran berita negara telah berulang kali memberi amaran kepada orang ramai tentang kemungkinan jenayah, penipuan dan pelanggaran data di saluran dan kumpulan Telegram.

    Telegram, yang bersaing secara global dengan aplikasi media sosial lain seperti Facebook, WhatsApp dan WeChat, masih tersedia di Vietnam pada Jumaat.

    Parti Komunis yang memerintah Vietnam mengekalkan penapisan media yang ketat dan bertolak ansur dengan sedikit perbezaan pendapat. Negara itu telah berulang kali meminta syarikat seperti Facebook, Google, YouTube dan TikTok untuk berkoordinasi dengan pihak berkuasa untuk menghapuskan kandungan yang dianggap “toksik”, termasuk kandungan yang menyinggung perasaan, palsu dan anti-negara.

    Telegram dituduh tidak menggunakan undang-undang yang memerlukan media sosial memantau, mengalih keluar dan menyekat maklumat yang melanggar undang-undang, menurut dokumen itu.

    Juga, dokumen itu mengatakan bahawa menurut maklumat daripada polis, “banyak kumpulan dengan puluhan ribu peserta dicipta oleh pembangkang dan subjek reaksioner yang menyebarkan dokumen anti-kerajaan”.

    Platform percuma untuk digunakan dengan hampir 1 bilion pengguna di seluruh dunia telah terlibat dalam kontroversi di seluruh dunia mengenai kebimbangan keselamatan dan pelanggaran data, termasuk di Perancis di mana pengasasnya, Pavel Durov, telah ditahan sebentar tahun lalu.

    Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka melawat Vietnam mulai Ahad.

    REUTERS

  • 18 cedera dalam serangan pisau di Hamburg, kata laporan

    BERLIN, 23 Mei – Lapan belas orang cedera dalam serangan pisau di stesen Hamburg pada petang Jumaat, lapor akhbar Bild Jerman, dan polis tempatan mengesahkan mereka telah menahan penyerang yang disyaki.

    Empat mangsa berada dalam keadaan kritikal dan enam lagi cedera parah, Bild melaporkan, berkata motif serangan itu tidak jelas.

    Polis berkata, suspek penyerang adalah seorang wanita berusia 39 tahun yang membenarkan dirinya ditahan tanpa tentangan.

    “Setakat ini kami tidak mempunyai bukti bahawa wanita itu boleh bertindak dengan motif politik,” kata jurucakap polis Hamburg, Florian Abenseth.

    “Sebaliknya, kami mempunyai penemuan yang berdasarkannya kami sedang menyiasat khususnya sama ada dia mungkin berada dalam keadaan tertekan mental.”

    Canselor Jerman Friedrich Merz berkata dalam satu catatan di platform media sosial X bahawa berita dari Hamburg itu “mengejutkan”.

    “Fikiran saya tertuju kepada mangsa dan keluarga mereka,” katanya.

    REUTERS

  • Sumber perubatan: Angka kematian Gaza meningkat kepada 53,822

    GAZA, 23 Mei 2025 – Jumlah kematian akibat pencerobohan genosid Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 53,822 orang, kata sumber perubatan pada Jumaat.

    Dalam 24 jam terakhir, mayat 60 rakyat Palestin yang terbunuh dan 185 tercedera telah dimasukkan ke hospital di semenanjung itu.

    Sekurang-kurangnya 10,000 orang tidak dapat dikesan, dianggap mati di bawah runtuhan rumah mereka di seluruh Semenanjung.

    WAFA

  • Angka maut dalam banjir Australia meningkat kepada empat, puluhan ribu terkandas

    SYDNEY, 23 Mei – Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah kereta yang terperangkap dalam air banjir di tenggara Australia pada Jumaat, menjadikan jumlah kematian kepada empat orang, selepas tiga hari hujan tidak henti-henti memusnahkan seluruh pekan, menghanyutkan ternakan dan memusnahkan kediaman.

    Polis berkata lelaki itu ditemui dekat Coffs Harbour, sekitar 550 km (342 batu) di utara Sydney.

    REUTERS

  • 3 maut, 5 hilang dalam tanah runtuh di selatan China

    NANNING, 23 Mei – Tiga orang disahkan maut dan lima masih hilang selepas aliran gunung dan banjir lumpur melanda sebuah kampung di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China awal pagi Jumaat, kata pihak berkuasa tempatan.

    Usaha menyelamat, yang bermula sejurus selepas kejadian melanda kampung Sanshe di Daerah Longsheng, Bandar Guilin, sedang dijalankan, dengan lebih 300 penyelamat terlibat.

    Sepuluh rumah mengalami kerosakan dalam banjir lumpur, menurut pihak berkuasa tempatan.

    XINHUA

  • 5 maut dalam kebakaran apartmen Rusia

    VLADIVOSTOK, 23 Mei – Kebakaran di sebuah bangunan kediaman di Anadyr, ibu kota Kawasan Autonomi Chukotka Rusia, membunuh lima orang dan mencederakan empat yang lain, kata jawatankuasa penyiasat tempatan pada Jumaat.

    Siasatan awal menunjukkan kebakaran berpunca daripada peralatan rumah elektrik yang rosak. Kebakaran berlaku pada 3:10 pagi waktu tempatan (1710 GMT Khamis) di dapur sebuah apartmen. Asap tebal dan karbon monoksida kemudian merebak dengan cepat ke seluruh ruang.

    Kebakaran menyebabkan tiga lelaki dan seorang wanita maut di tempat kejadian, manakala lelaki kelima maut ketika dibawa ke hospital.

    Kementerian Situasi Kecemasan Rusia melaporkan 17 orang telah selamat dipindahkan dari bangunan itu. Api telah dipadamkan, dan siasatan sedang dijalankan.

    XINHUA

  • Agensi bakat muzik berkata 3 pekerja maut dalam pesawat yang terhempas ke kawasan kejiranan San Diego

    SAN DIEGO – Agensi muzik Sound Talent Group berkata pada Khamis, tiga pekerjanya, termasuk pengasas bersama Dave Shapiro, meninggal dunia dalam pesawat persendirian yang terhempas di kawasan kejiranan San Diego.

    Shapiro disenaraikan sebagai pemilik pesawat dan mempunyai lesen juruterbang, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan. Shapiro juga memiliki sekolah penerbangan bernama Velocity Aviation dan label rakaman, Velocity Records, menurut halaman LinkedInnya.

    Agensi itu tidak berkongsi nama dua pekerja lain yang meninggal dunia.

    “Kami sangat sedih dengan kehilangan pengasas bersama kami, rakan sekerja dan rakan-rakan. Hati kami menyayangi keluarga mereka dan kepada semua orang yang terjejas akibat tragedi hari ini,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

    Sound Talent Group mewakili artis termasuk Hanson, Sum 41 dan Vanessa Carlton.

    Pihak berkuasa San Diego sebelum ini berkata dua orang telah meninggal dunia. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan kini berkata jumlah kematian tidak diketahui, tetapi pesawat itu boleh memuatkan seramai 10 orang.

    Jet peribadi itu terhempas awal Khamis ke kawasan kejiranan perumahan milik Tentera Laut AS di San Diego semasa cuaca berkabus, membakar sekurang-kurangnya satu rumah dan banyak kenderaan diletakkan di jalan. Pesawat itu memotong talian elektrik sebelum merempuh rumah itu, kata Elliot Simpson dari NTSB.

    Beberapa orang cedera ketika cuba melarikan diri ketika api melanda satu jalan selepas nahas sejurus sebelum 4 pagi di Murphy Canyon, kejiranan terbesar perumahan milik Tentera Laut di negara ini. Yang lain dirawat kerana terhidu asap, kata pihak berkuasa.

    AP

  • Dua rakyat Palestin terbunuh, lapan cedera apabila tentera Israel mengebom khemah di Khan Younis

    GAZA, 22 Mei 2025 – Dua orang awam Palestin terbunuh dan lapan lagi cedera pada Khamis selepas tentera pendudukan Israel menyasarkan sebuah khemah melindungi orang kehilangan tempat tinggal di kawasan Al-Mawasi, timur Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza.

    Wartawan WAFA melaporkan, serangan artileri Israel melanda khemah sementara di mana sebuah keluarga mencari perlindungan selepas terpaksa berpindah kerana serangan berterusan ke atas Gaza.

    Pencerobohan Israel yang berterusan ke atas Gaza sejak Oktober 2023 setakat ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 53,762 kematian rakyat Palestin yang didokumenkan, dengan lebih 122,197 yang lain cedera.

    Beribu-ribu mangsa dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan, tidak dapat diakses oleh pasukan kecemasan dan pertahanan awam akibat serangan Israel.

    WAFA

  • Israel serang selatan Lubnan, tentera berkata pejuang Hizbullah terbunuh

    BEIRUT – Media negara Lubnan berkata serangan udara Israel melanda sebuah bangunan di selatan Lubnan pada Khamis selepas tentera Israel mengeluarkan seruan pemindahan amaran tindakan segera terhadap militan Hizbullah.

    Israel meneruskan serangan udaranya di negara jiran Lubnan walaupun gencatan senjata November bertujuan untuk menghentikan lebih setahun permusuhan dengan Hizbullah yang termasuk dua bulan perang penuh.

    Tanpa mengesahkan serangan yang dilaporkan ke atas pekan Toul di selatan, tentera Israel berkata tenteranya telah melakukan beberapa serangan yang menyasarkan tapak Hizbullah dan membunuh seorang militan.

    Agensi Berita Nasional (NNA) rasmi Lubnan berkata “musuh Israel” menyerang sebuah bangunan di Toul, di mana tentera telah memberi amaran kepada penduduk untuk mengosongkan kawasan sekitar bangunan yang dikatakan digunakan oleh militan Hizbullah.

    “Amaran segera” itu disertakan dengan peta yang menunjukkan struktur dan radius 500 meter (0.3 batu) di sekelilingnya ditandakan dengan warna merah.

    “Anda berada berhampiran kemudahan milik pengganas (kumpulan) Hizbullah,” kata kenyataan itu dalam bahasa Arab, menggesa orang ramai “mengosongkan bangunan ini dengan segera dan menjauhinya”.

    Tiada laporan segera mengenai korban di Toul.

    Dalam satu kenyataan berasingan, tentera berkata ia telah “menyerang dan menghapuskan pengganas Pasukan Hezbollah Radwan di kawasan Rab El Thalathine,” kira-kira 17 kilometer (10 batu) ke tenggara.

    NNA melaporkan seorang “syahid” dalam serangan udara di kawasan yang sama, tanpa mengenal pasti mereka.

    Tentera Israel berkata tenteranya juga “menyerang tapak tentera Hizbullah yang mengandungi pelancar roket dan senjata” di Lembah Bekaa serta “tapak infrastruktur pengganas dan pelancar roket milik organisasi pengganas Hizbullah… di selatan Lubnan.”

    Satu kenyataan tentera berkata “kehadiran senjata di kawasan itu dan aktiviti Hizbullah di tapak itu merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap persefahaman antara Israel dan Lubnan” di bawah perjanjian gencatan senjata November.

    Israel akan “terus beroperasi untuk menghapuskan sebarang ancaman… dan akan menghalang sebarang percubaan Hizbullah untuk mewujudkan semula keupayaan keganasannya,” katanya.

    Di bawah gencatan senjata, pejuang Hizbullah terpaksa berundur ke utara Sungai Litani dan membongkar infrastruktur tentera di selatannya.

    Israel sepatutnya mengundurkan semua tentera dari Lubnan, tetapi ia telah mengekalkan tentera di lima kawasan yang dianggapnya “strategik”.

    Tentera Lubnan telah ditempatkan di selatan dan telah membongkar infrastruktur Hizbullah.

    Gencatan senjata itu berdasarkan resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengatakan tentera Lubnan dan pasukan pengaman PBB harus menjadi satu-satunya orang yang membawa senjata di selatan Lubnan, dan menyeru pelucutan senjata semua kumpulan bukan negara.

    AN-AFP