Beberapa orang cedera selepas kereta rempuh orang ramai di bandar Stuttgart, Jerman

BERLIN – Beberapa orang cedera, sesetengahnya parah, selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di tengah bandar Stuttgart di barat daya Jerman pada Jumaat, menurut polis dan bomba.

Pemandu kereta itu telah ditahan, kata polis.

Akhbar Bild memetik saksi mata sebagai berkata seorang wanita dengan kereta bayi telah dilanggar oleh SUV Mercedes G-Class hitam.

Anggota bomba Stuttgart menyifatkan kejadian itu sebagai kemalangan jalan raya, manakala polis berkata mereka akan berkongsi maklumat baharu sebaik sahaja ia tersedia.

Kawasan itu masih disekat oleh polis, yang menasihatkan pejalan kaki dan pemandu untuk mengelak kawasan itu jika boleh.

REUTERS