Beberapa cedera dalam rempuhan kereta ke arah orang ramai di Munich

BERLIN – Sebuah kereta merempuh orang ramai di Munich, Jerman, pada Khamis, menyebabkan beberapa orang cedera, kata polis tempatan.

Laporan media menyatakan orang ramai sedang mengadakan mogok ketika kejadian itu berlaku.

Radio Bavaria memetik saksi mata sebagai berkata bahawa pemandu itu dengan sengaja memandu masuk ke dalam kumpulan itu.

Pelaku telah ditahan di tempat kejadian dan siasatan sedang dijalankan, kata polis.

XINHUA