CHENGDU – Lima maut manakala lapan lagi cedera selepas sebuah van mini sarat muatan merempuh sebuah bangunan kediaman di wilayah Sichuan, barat daya China, kata polis tempatan pada Rabu.
Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 6:55 pagi Selasa, apabila sebuah van kecil yang membawa 13 orang, hampir dua kali ganda kapasiti diluluskan iaitu tujuh orang, terbabas dari jalan dan merempuh sebuah rumah di tepi jalan di bandar Luzhou, menurut pegawai polis di daerah Jiangyang di bandar itu.
Impaknya merosakkan bangunan dan menyebabkan sebahagian daripadanya runtuh, walaupun tiada sesiapa berada di dalam ketika itu, kata polis.
Mereka yang cedera berada dalam keadaan stabil. Punca kemalangan sedang disiasat.
XINHUA