8 terbunuh, 35 cedera selepas serangan peluru berpandu India melanda 6 lokasi di Pakistan – tentera

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya lapan orang awam, termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dan 35 yang lain cedera, dan dua hilang awal Rabu selepas India melepaskan peluru berpandu di enam lokasi di Pakistan, kata tentera Pakistan.

Korban akibat serangan India di kawasan di Kashmir dikuasai Pakistan, kata ketua pengarah Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan, sayap media Tentera Pakistan.

XINHUA