NEW DELHI, 8 Mei – Sekurang-kurangnya lima orang maut dan dua cedera apabila helikopter yang mereka naiki terhempas di negeri Uttarakhand di utara India pada Khamis, seorang pegawai tempatan yang bekerja dengan jabatan pengurusan bencana mengesahkan.
Helikopter persendirian itu terhempas kira-kira jam 9 pagi. Ia terbang ke arah Gangotri, titik asal Sungai Ganga.
Mangsa yang maut adalah pelancong, kata polis, sambil menambah bahawa orang yang cedera sedang dipindahkan ke hospital tempatan.
Sambil mengucapkan takziah atas kehilangan nyawa itu, Ketua Menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami mengarahkan siasatan ke atas kemalangan itu.
XINHUA