20 maut dalam kebakaran rumah jagaan di utara China

SHIJIAZHUANG – Kebakaran di sebuah rumah jagaan di wilayah Hebei, utara China mengakibatkan 20 orang maut, kata pihak berkuasa tempatan pada Rabu.

Kebakaran berlaku sekitar jam 9 malam pada Selasa di Longhua County, Chengde City.

Setakat jam 3 pagi Rabu, seramai 20 orang disahkan meninggal dunia.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

XINHUA