PHNOM PENH, 14 Mei – Dua anggota tentera Kemboja, yang dalam misi pengaman di negara Afrika Timur Sudan Selatan dilanda konflik, terbunuh, kata Menteri Pertahanan Jen. Tea Seiha pada Rabu.
Seiha, yang juga timbalan perdana menteri, berkata kedua-dua anggota pengaman itu meninggal dunia dalam misi mereka di pekan Malakal, Negeri Upper Nile.
“Ini adalah kehilangan dua anggota tentera yang cemerlang, yang mengorbankan nyawa mereka demi menjaga keamanan di bawah payung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya dalam catatan di laman Facebook rasminya.
“Saya mendoakan agar roh mereka tenang,” tambahnya.
Kemboja menghantar 73 anggota tentera ke Sudan Selatan pada Februari untuk menyertai misi pengaman PBB.
Negara Asia Tenggara itu mula menghantar tentera ke luar negara dalam misi pengaman PBB pada 2006. Setakat ini, negara itu menghantar sejumlah 9,826 anggota pengaman, termasuk 857 wanita, untuk menyertai misi pengaman PBB di 10 negara, menurut Pusat Kebangsaan Pasukan Pengaman.
Pada masa ini, pasukan pengaman Kemboja berkhidmat dalam operasi pengaman PBB di Sudan Selatan, Lubnan, Republik Afrika Tengah, dan Republik Demokratik Congo.
XINHUA