17 cedera dalam kebakaran rumah di Israel

JERUSALEM – Tujuh belas orang, termasuk 11 kanak-kanak, cedera pada Sabtu dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah dua tingkat di bandar Tiberias di timur laut Israel, kata perkhidmatan penyelamat Magen David Adom (MDA) Israel dalam satu kenyataan.

Pusat Perubatan Tzafon dekat Tiberias yang menerima mangsa cedera berkata, lima orang termasuk tiga kanak-kanak berada dalam keadaan sederhana, manakala selebihnya dalam keadaan ringan.

Rakaman video disiarkan di laman web berita Israel Ynet menunjukkan dua orang melompat dari tingkap tingkat dua rumah itu.

MDA mengenal pasti mereka sebagai wanita berusia 40 tahun dan seorang gadis berusia 12 tahun, kedua-duanya mengalami kecederaan sederhana akibat lompatan itu.

Pihak Berkuasa Bomba dan Penyelamat Kebangsaan Israel berkata tingkat satu bangunan itu terbakar sepenuhnya, dan mangsa yang terperangkap telah diselamatkan dari tingkat dua.

XINHUA