BOGOTA – Sebuah helikopter Tentera Laut Colombia terhempas semasa misi bekalan di utara Colombia, mengorbankan seorang askar di dalamnya, kata tentera laut pada Selasa.
Helikopter Bell 412EP itu terjunam ke dalam air sejurus selepas berlepas dekat pekan Malagana. Tiga lagi kru diselamatkan dan sedang menerima rawatan perubatan, tambahnya.
Menteri Pertahanan Colombia Pedro Sanchez berkata pasukan pemeriksa telah ditubuhkan untuk menyiasat nahas itu, dengan sokongan daripada Pasukan Aeroangkasa Colombia.
XINHUA